Kecerdasan Buatan (AI) nampaknya ikut menjadi salah satu budaya dalam industri seni dunia apabila banyak karyawan menggunapakai teknik tersebut untuk hiburan.

Terkini, legenda yang terkenal dengan gelaran King of Rock and Roll, Elvis Presley akan ‘dihidupkan semula’ dengan kecanggihan teknik AI.

BERITA TRENDING: Melly Goeslaw Hidupkan Allahyarham Nike Ardilla, Bukan Hanya Nyanyi Siap Ada Video Klip

Bukan hanya dihidupkan, Elvis yang meninggal dunia pada tahun 1977 silam akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat tahun ini, lapor Reuters.

Konsert tersebut dinamakan sebagai Elvis Evolution dan akan membawa peminat tegarnya kembali bernostalgia dengan ikon tersebut selain menarik peminat generasi baharu mengenali dengan lebih dekat siapa Elvis Presley.

“Ini akan menjadi sebuah keraian paling gemilang buat Elvis Presley ; seorang lelaki, pemuzik dan pemilik legasi yang masih menjadi pujaan ramai.

“Konsert Elvis secara AI akan menjadi sebuah pengalaman yang luar biasa,” ujar Pengasas & Ketua Pegawai Layered Reality, Andrew McGuinness.

Konsert tersebut akan dipersembahkan dengan penggunaan AI sepenuhnya yang dibantu teknik Holografi. Holografi adalah teknik yang membolehkan imej tiga dimensi dibuat.

BERITA TRENDING: Janda Anak Dua Kahwin Dengan AI Ciptaannya, Suami Bekerja Dalam Bidang Perubatan

Peminat juga akan dibawa memasuki dunia Elvis sejak lahir di Tupelo, Mississippi pada tahun 1935 sehingga perjalanan ke Memphis, Tennessee, Graceland dan Las Vegas.


Bintang yang telah menjual lebih 500 juta unit album di seluruh dunia dalam tempoh 46 tahun ini meninggal dunia pada tahun 1977 di kediaman Graceland miliknya pada usia 42 tahun.