Karyawan seni terkenal Indonesia, Melly Goeslaw mengejutkan masyarakat sekaligus mencipta sejarah menerusi karya terbaharu miliknya.

Komposer dan penyanyi tersebut dilihat telah ‘menghidupkan kembali’ sosok Allahyarham Nike Ardilla. Sosok Allahyarham Nike Ardilla dihidupkan dengan bantuan teknologi AI.

Nike Ardilla adalah penyanyi yang meninggal dunia pada usia terbilang muda iaitu 19 tahun. Saat Nike meninggal dunia pada tahun 1995, penyanyi kelahiran Bandung itu sedang berada di puncak populariti.

Salah satu lagu miliknya yang masih malar segar sehingga kini adalah Ku Tak Akan Bersuara.


Kini setelah 19 tahun meninggal dunia, Melly ‘menghidupkan kembali’ Nike dengan penampilan ikoniknya iaitu rambut pendek dan jaket berkolaborasi bersama dalam satu projek.

Melly mendedikasikan projek tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nike Ardilla pada 27 Disember depan.

Mereka yang memang bersahabat baik satu masa dulu dilihat berkolaborasi menerusi lagu Bertemu Kembali.

Lagu Bertemu Kembali merupakan gabungan dua lagu yang dijadikan satu iaitu ciptaan Dadang S Manaf berjudul Duka Pasti Berlalu digabungkan dengan karya Melly.

"Lagu Bertemu Kembali itu sebenarnya cerita tentang angan-angan kami apabila berkahwin. Tapi setelah saya akhirnya bertemu dengan jodoh saya, Nike malah pergi duluan dan angan-angan kami di masa lalu tidak pernah menjadi kenyataan," kata Melly Goeslaw, dalam kenyataan rasmi yang diberikan kepada media tempatan.

BERITA TRENDING: Melly Goeslaw Dituduh Sondol Rumah Tangga, Curang Dengan Polis

Beliau juga berharap ‘penampilan’ Nike Ardilla meski menerusi teknologi AI dapat mengubati kerinduan peminat terhadap artis kesayangan mereka ini.