Baru-baru ini barang kemas yang diperbuat dari emas telah menjadi kegilaan ramai kaum hawa untuk mendapatkannya.

Bukan sahaja menjadi perhiasan, malah emas kini dibeli sebagai pelaburan masa hadapan memandangkan harganya kini semakin tinggi.

Namun, adakah kaum hawa ini benar-benar sudah mengenali jenis-jenis rekaan emas yang ada di pasaran?

Terbaharu seorang pengguna TikTok yang dikenali Diana memperkenalkan dirinya sebagai Public Gold Business Owner telah mendedahkan sesuatu yang berguna dan menarik buat pengumpul atau pelabur emas.

Menurut Diana, emas yang mempunyai chrome putih pada rekaannya sering didakwa mempunyai nilai yang rendah atau tidak laku jika di pajak gadai.

Tegasnya, ia sama sekali tidak benar, malah merupakan strategi sesetengah kedai emas yang mahu membeli emas yang dipajak dengan harga yang murah untuk mengaut keuntungan.

Jelas Diana, chrome adalah kesan cat yang disadur ke atas emas kuning dan nilainya sama sahaja, kecuali jika barang kemas itu mempunyai batu permata yang perlu diasingkan.
@dhieyanaj93

Awas dengan strategi ini! ##TakMatiSimpanEmas ##DianaJohn93 ##DohNyam ##Kewangan ##Emas

♬ original sound - Diana

Bagi mengulas lebih lanjut mengenai chrome atau saduran putih itu, Diana menerusi sebuah video lagi menjelaskan chrome bukan emas putih dan ia sama sekali berbeza.

Menurutnya chrome putih lama kelamaan boleh bertukar menjadi emas kuning manakala emas putih pula sudah melalui proses perlunturan dan harganya jauh lebih rendah jika dijual atau dipajak gadai.
@dhieyanaj93

Chrome bukan emas putih tau.? ##TakMatiSimpanEmas ##DianaJohn93 ##DohNyam ##Kewangan ##Emas

♬ original sound - Diana