“Emir Kenalkan Nur Amirah, Anak Papa…”- Ziarah Kubur Arwah Bapa, Emir Bawa Mira
Syafiqah Jalal
02/10/2020 05:33 MYT
02/10/2020 05:33 MYT
Selepas selamat bernikah pada 3 September lalu, suami Mira Filzah, Wan Emir Astar ‘memperkenalkan’ isterinya kepada arwah bapanya, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar ketika menziarahi pusaranya semalam.
Emir menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, @wanemirastar semalam memuat naik foto ketika menziarahi pusara bapanya bersama seluruh ahli keluarganya.
Menerusi foto tersebut Emir dan Mira kelihatan menitiskan air mata.
Dalam entri yang sama, Emir turut menulis nukilan sayu buat bapanya.
“Salam Papa yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah, anak Papa. Wanita yang memilih saya dan saya untuk dia. Saya akan menyayanginya seperti mana Papa sayangkan Ibu dengan penuh tanggungjawab.
“Halalkan segalanya dan ampunkan dosa Ibu, Emir dan adik-adik, Papa. Dan “Turn over a new leaf” adalah kata-kata terakhir Papa kepada Emir.
“Maka izinkanlah Emir dan Amirah untuk meneruskan kehidupan ‘membina masjid’ dengan keberkatan daripada segala bakti Papa yang telah mendidik dan mengasihani Emir sejak lahirnya ke dunia ini.
“Terima kasih Papa dan Ibu serta Abah dan Mak (mertua). Kerana doa dan restu kamu semua, kami disini sebagai suami dan isteri, meneruskan hidup demi mencari berkat dan kasih sayang Allah.
“Kami merindui kamu Papa setiap hari. Jaga Papa untuk kami, Ya Rabb,” tulisnya.
Dalam kemas kini terbaharu di IG Emir, memberitahu mereka mengadakan majlis tahlil untuk bapanya di Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar.