HIBURAN
Emma Maembong ‘Spill’ Perangai Zizan Razak Ketika Bercinta - “Macam Dulu, Saya Yang kena Pujuk Dia”
Pelakon Emma Maembong mendedahkan perangai sebenar pengacara dan pelakon Zizan Razak ketika dia pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.
Kuat merajuk
Menerusi perkongsian di TikTok, Emma berkata Zizan seorang yang sering merajuk selain tidak tahu cara untuk memujuk pasangan.
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Kidd Kongsi Video Peluk Emma Maembong, Beri Bayangan Sudah Kahwin - “Saya Janji Akan Jadi Suami Terbaik”
ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak Tak Kisah Netizen Restu Gandingan Bersama Emma Maembong - “Tapi Jangan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Muncul Jadi Model Pakaian Bersama, Netizen Love Gandingan Emma Maembong & Zizan Razak - "Approve Yang Ini..."
“Tips untuk mengorat perempuan… kepada Zizan Razak, jangan kuat merajuk. Kalau merajuk, siapa nak pujuk. Sebab perempuan dah kuat merajuk, jadi kalau dia pun kuat merajuk, tak ada siapa nak pujuk siapa la.
“Macam dulu, saya yang kena pujuk dia. Jadi, perempuan pun lari sebab tak nak pujuk. Sampai sekarang tak ada yang lekat dengan dia sebab dia tak nak pujuk.
“Kalau perempuan merajuk, dia buat dek (tak tahu) sampai la ke beberapa hari dia akan buat dek,” kata Emma.
Tak pujuk
Malah Zizan yang turut berada dalam video itu juga berkata sehingga kini dia akan membiarkan sahaja jika pasangannya merajuk.
“Tak tua dah awak (tak merajuk). Saya biar saja (kalau perempuan merajuk). Malah fikir,” ujar Zizan.
Rumah orang tua
Dalam pada itu, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 32, sempat berseloroh mengatakan Zizan sudah mendaftar masuk ke rumah orang tua.
“Kalau muda dia biarkan saja, dah tua lagi dia biarkan saja. Dia kata dia dah daftar masuk rumah orang tua,” kata Emma lagi.
undefined