HIBURAN
Muncul Jadi Model Pakaian Bersama, Netizen Love Gandingan Emma Maembong & Zizan Razak - "Approve Yang Ini..."
Pelakon Emma Maembong dan Zizan Razak menyorot perhatian warganet selepas kembali rapat bersama.
Menerusi hantaran di TikTok, Zizan dan Emma dapat dilihat sedang menjalani sesi fotografi bagi sebuah jenama pakaian lokal.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah apabila aktres drama Takdir Itu Milik Aku tersebut sempat bertanyakan kepada Zizan tentang lagu Infiniti Cinta.@hijabistahub 💖 INFINITI CINTA, INFINITI GAYA! ✨ Dulu dalam lagu, sekarang dalam fesyen—Emma Maembong & Zizan Razak kembali dengan chemistry yang tak pernah pudar! 😍 #RayaPalingEpik #hijabistahubraya2025 ♬ original sound - HIJABISTAHUB
“Awak lagu Infiniti Cinta itu untuk siapa?” soal Emma.
Menjawab kepada persoalan yang diajukan, aktor filem Polis Evo itu mendedahkan bahawa lagu berkenaan ditujukan kepada seorang wanita yang pernah dicintainya.
“Untuk perempuan yang saya cintai ketika itu dan untuk perempuan yang tingginya 5’3,” jawab Zizan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar jodoh antara Zizan dan Emma kembali bertaut.
“Semoga berjodoh kembali,”
“Kami approve yang ni,”
“Entah-entah Emma memang jodoh Zizan, amin,”
“Kahwinlah Zizan dengan Emma ni!”
Sekadar info, Zizan dan Emma pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2015.
Emma sebelum ini mengejutkan orang ramai dengan mengesahkan dirinya tidak lagi sehaluan bersama bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perceraian mereka pada 7 Oktober tahun lalu.
BERITA BERKAITAN: Ditanya Tentang Emma Maembong, Netizen Suka Komen Selamba Dj Kidd - "Dalam Hati"
BERITA BERKAITAN: “Mungkin Orang Luar Tak Suka Dia Atau Dengki…” - Chacha Maembong Pertahankan Kakak, Nafi Emma Dah Kahwin Dengan DJ
Must-Watch Video