Emma Maembong Tak Jangka Kemenangan di Malam Anugerah Telenovela 2018
Amri Hassan
30/07/2018 10:01 MYT
30/07/2018 10:01 MYT
Pelakon Emma Maembong sekali lagi dinobatkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018 di Anugerah Telenovela yang berlangsung Sabtu lalu.
Menurut Emma, dia rasa terkejut apabila memenangi anugerah tersebut selama dua tahun berturut-turut.
"Saya tidak menjangka kemenangan pada malam ini. Saya fikir tak mungkin akan menang buat kali kedua berturut-turut.
"Ramai artis lain yang hebat datang tapi Alhamdulillah rezeki berpihak pada saya lagi," katanya.
Pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini mengucapkan terima kasih kepada semua juri kerana memilihnya.
"Semua juri pada malam ini merupakan orang lama yang sudah mempunyai banyak pengalaman, jadi sudah terbukti lakonan saya sampai ke jiwa mereka.
"Syukur, usaha saya selama ini dalam bidang lakonan ini sudah jelas nampak di mata semua juri," katanya kepada Gempak.
Selain anugerah tersebut, Emma juga meraih Pelakon Serba Dinamik dan Komited di acara yang diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ini.
Teks: Noor Zulaikha Yusof