HIBURAN
Emma Maembong Tak Suka Pasangan Jaja Aib Rumah Tangga Di Media Sosial - “Saya Pantang Dengar Orang…”
Pelakon Emma Maembong kurang senang dengan tindakan sesetengah pihak yang gemar berkongsi aib rumah tangga kepada umum.
Kesihatan mental
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail menganggap situasi sebegitu boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental anak-anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong & Bekas Suami Tak Simpan Dendam, Enggan Kongsi Masalah Peribadi Di Media Sosial - “Di Masa Depan, Kalau Kita Dijodohkan Semula…”
ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong Akui Sedih Beraya Solo, Kuat Demi Anak-Anak – “Kami Tetap Ambil Gambar Raya Berempat”
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ‘Downgrade’ Hidup Gara-Gara Gosip Bercinta Dengan DJ Kidd, Emma Maembong: “Saya Tak Kisah, Bukan Jenis…”
"Saya tak suka tengok suami isteri buka aib satu sama lain dalam media sosial. Apabila besar anak-anak buat carian dalam internet, tidak bagus untuk mental mereka.
"Kadang-kadang kita tak tahu pun anak-anak kena bahan atau diejek di sekolah. Kita rasa buat yang terbaik nak selamatkan anak dari ibu atau bapa tak berguna tetapi kasihan anak.
"Anak-anak nampak bapa sebagai superhero manakala ibunya superwoman. Saya kurang suka orang bergaduh dalam media sosial," katanya kepada Gempak.
Hak penjagaan anak
Pelakon drama Seribu Tahun itu turut berpendapat pergaduhan antara dua orang dewasa untuk mendapatkan hak penjagaan anak juga tidak sepatutnya dihebohkan kepada umum.
"Anak-anak perlukan ibu bapa. Saya pantang dengar orang bergaduh nak ambil hak anak dengan alasan 'bapa tak bagus', tak boleh cakap begitu.
"Bagi anak, dia hero. Bapanya adalah segala-gala buat mereka, kadang-kadang manusia buat sebab ego dan nafsu.
"Bila bergaduh, hak anak dapat tiba-tiba minta pengasuh atau mak yang jagakan budak-budak," jelasnya lagi.
Jaga sama-sama
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu memaklumkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar bekerjasama dalam menjaga putera mereka walaupun sudah berpisah.
"Macam saya biar kami bekerjasama. Alhamdulillah, memang boleh kendalikan (anak) walaupun orang kata kehidupan agak sukar.
"Saya ibu tunggal sekarang tetapi kami (bersama bekas suami) sepakat. Kalau saya menjalani penggambaran, anak-anak bekas suami yang jaga.
"Kalau dia 'terbang', saya pula ambil alih tanggungjawab untuk menjaga mereka," ujarnya.
Oktober tahun lalu, Emma mengesahkan sudah bercerai dengan Shazli dan selesai tempoh idah tetapi memilih untuk tidak menghebohkan kepada umum.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dengan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun