HIBURAN
Emma Maembong & Bekas Suami Tak Simpan Dendam, Enggan Kongsi Masalah Peribadi Di Media Sosial - “Di Masa Depan, Kalau Kita Dijodohkan Semula…”
Pelakon Emma Maembong memberitahu dia masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar memandangkan mereka tidak menyimpan perasaan dendam antara satu sama lain.
Soal jodoh
Menurut Emma, dia juga tak gemar berkongsi masalah peribadi melibatkan rumah tangganya memandangkan dirinya sendiri tidak dapat menjangka apa yang berlaku di masa hadapan terutama dalam soal jodoh.
ARTIKEL BERKAITAN: #GempakVideoNews : Emma Maembong Kuat Demi Anak-Anak – “Kami Tetap Ambil Gambar Raya Berempat”
ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong Akui Sedih Beraya Solo, Kuat Demi Anak-Anak – “Kami Tetap Ambil Gambar Raya Berempat”
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ‘Downgrade’ Hidup Gara-Gara Gosip Bercinta Dengan DJ Kidd, Emma Maembong: “Saya Tak Kisah, Bukan Jenis…”
“Hubungan kami memang baik sebab tak ada apa yang nak berdendam. Saya dan bekas suami tahu, perkahwinan kami gagal, kami yang ada masalah tapi benda itu dapat diselesaikan.
“Kalau di masa akan datang, kita dijodohkan semula, kita pun tak tahu, jadi buat apa kita nak berdendam. Saya tak kisah soal jodoh ini sebab ada di mana-mana.
“Contohnya bukan kita tak pernah tengok, ada sahaja pasangan berperang ‘kau salah’ buka aib, tapi dua tahun kemudian jodoh bertemu kembali.
“Sebab itu hal rumah tangga kalau boleh kita simpan sahajalah. Siapa salah siapa betul simpan tak perlu cerita dekat semua orang. Itu masalah kita dan pasangan,” katanya kepada Gempak.
Berdiam diri
Dalam pada itu, pelakon drama Seribu Tahun ini juga memilih untuk mendiamkan diri biarpun pelbagai spekulasi dan andaian mengenai punca perceraiannya.
“Tak payah nak war-war kan . Ada sahaja bila kita berpisah orang kata saya macam-macam, jadi punca, dan cakap sama juga kepada bekas suami. Kami berdua tak kata apa diam sahaja.
“Biar orang cakap apapun sebab kalau orang fitnah cerita macam-macam kita tak perlu beriya nak betulkan. Kita biarkan dan diam. Kita berdua tahu, kita baik untuk anak-anak,” ujarnya.
Pada 7 Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia sudah bercerai dengan Shazli dan selesai tempoh idah tetapi memilih untuk tidak menghebohkan kepada umum.
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Must-Watch Video