“Emosi Tak Stabil, Kesian Mummy Selalu Marah-Marah Dia” – Isteri Saharul Ridzwan Kongsi Momen Ali Jumpa Adiknya

Mya Amri
Jun 19, 2020 04:50 MYT
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkongsi momen fasa awal kehamilan anak keduanya.
Perkara itu dikongsi Qaabila Deena atau lebih mesra dengan panggilan Deena menerusi coretan terbaru di akaun Instagram miliknya.
Menurut Deena, kehamilan keduanya ini agak berbeza sehingga menyebabkan emosinya juga kurang stabil.
“Ramai tak tahu yang sebenarnya from the early stage of pregnancy sampai la dalam labour room, kami suami isteri langsung tak tahu apa jantina baby kali ni.
“Memang dari awal scan dah informed awal-awal dekat doktor jangan mention apa jantina baby saja nak rasa kejutan (walaupun dalam hati memang nak sangat baby girl).
“Kehamilan kali ni memang sangat berbeza dengan Ali dulu. Deena 2, 3x admitted dalam hospital, demam panas almost 40c, alahan teruk ya amat, tak boleh bau masak masak ni, muntah sampai lembik nangis-nangis tak larat.
“Emosi tak stabil (kesian Ali awal awal dulu selalu mummy marah-marah dia, im sorry baby) lepas tu suka makan manis-manis sampai dapat GDM.
“Nasib baik hanya kawal diet, tak perlu insulin. Jadi baby kali ni agak besar sikit berbanding dengan abangnya,” kongsi Deena.
Menerusi entri itu juga, Deena turut berkongsi video pendek yang merakakan momen pertama Ali bertemu dengan adiknya dihospital.
Terdahulu, Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.
Deena selamat bersalin anak kedua seberat 3.305kg pada 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal.
#pelakon #Saharul Ridzwan #Deena Emir #Pelakon