Laman Utama

Empat Hari Tayangan Dah Dapat RM8 Juta! Air Force The Movie Bakal Ditayangkan Di Korea, Jepun & Taiwan Pula Fuh!

Mya Amri
29/08/2022
07:30 MYT
Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa berjaya merekodkan kutipan RM8 juta dalam tempoh empat hari tayangan.
Lebih manis lagi, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini juga bakal ditayangkan di Korea, Jepun serta Taiwan.
Menurut wakil pihak penerbit filem, kejayaan menembusi pasaran antarabangsa ini boleh dibanggakan kerana secara tidak langsung ia dapat mempertontonkan kepada dunia luar tentang kualiti filem negara.
Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Air Force The Movie : Selagi Bernyawa juga menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Jadi kepada yang belum menonton, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan pertempuran hebat Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Seram, Nak Gugur Jantung!" - Penonton Approved Talbis Iblis, Kini Kutipan Dah Cecah RM3 Juta

gempak
01/11/2022
10:05 MYT
Terima kasih support Talbis Iblis guys.
Laman Utama

Salute! Kini Cecah RM30 Juta! Ada Yang Minta Mahu Air Force The Movie 2

gempak
21/09/2022
15:00 MYT
Kalau ada Air Force 2 pun macam menarik ek.
Laman Utama

Air Force Terus Bangkit, Kutipan Kini Cecah RM27 Juta! Nas-T: “Terima Kasih Rakyat Malaysia”

gempak
12/09/2022
08:30 MYT
Tahniah Air Force!
Advertorial

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Berjaya Kutip 20 Juta Dalam 11 Hari! Apa Rahsianya?

gempak
05/09/2022
10:00 MYT
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa cipta sejarah
Laman Utama

“Allahuakhbar, You Guys Memang Mantap” - Adi Putra Terharu, Air Force The Movie Catat RM13 Juta Kutipan Dalam Masa 7 Hari

gempak
01/09/2022
11:56 MYT
Cayalah korang! Love!