,
Terkini

Empat Pelajar Malaysia Berjaya Lanjut Pelajaran di Harvard

Umirah Halim
08/04/2024
10:00 MYT
Empat pelajar Malaysia berjaya diterima masuk bagi melanjutkan pengajian di Kolej Harvard, institut pengajian sarjana muda Universiti Harvard yang berprestij, sebagai antara kumpulan graduan 2028.

Terpilih lanjut pelajaran

Pelajar-pelajar tersebut iaitu, Bryan Lim, Victor Ngow, Thamini Vijeyasingam dan Elisa See adalah dalam kalangan 15.4 peratus pelajar antarabangsa terpilih dari 94 negara untuk melanjutkan pengajian di Harvard College.
Nadiah Wan, daripada Harvard Club of Malaysia berkata, institut pengajian tinggi Liga Ivy itu menerima 1,937 pelajar daripada 54,008 yang memohon, dengan kadar penerimaan 3.59 peratus.

Latar belakang akademik pelajar

Mengulas mengenai latar belakang akademik pelajar-pelajar Malaysia yang terpilih itu, Nadiah berkata, Lim merupakan pelajar IGCSE di Garden International School, manakala Ngow ialah lulusan SPM daripada SMK Damansara Utama.
Sementara itu, Thamini menamatkan pendidikan menengahnya di ELC International School, manakala See ialah graduan Marlborough College Malaysia.
Lim berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan matematik gunaan, Thamini dalam bidang ekonomi dan falsafah, manakala See ingin menuntut ilmu dalam bidang sains politik dan ekonomi, atau sains komputer.
Ngow pula akan melanjutkan pengajian sama ada dalam bidang sains alam sekitar dan dasar awam, atau kejuruteraan alam sekitar.

Sumbangan pelajar

Tambah Nadiah, semelum ini juga pelajar-pelajar yang pintar dan proaktif ini telah banyak menyumbang kepada masyarakat dalam banyak cara, antaranya:
  • Lim pernah mewakili Malaysia dalam Olimpiad Matematik dan Sains Komputer, serta dalam sukan bola keranjang junior.
  • Ngow mencipta sel biobahan api mikro untuk sebuah pertandingan kimia dan terlibat dalam Project ID, sebuah NGO pendidikan.
  • Selepas tamat A-Level, Thamini menjalani latihan amali di FMT dan KAF Investment Bank, selain aktif dalam debat dan mengambil bahagian dalam pertandingan kebangsaan dan serantau serta Model United Nations.
  • Sementara itu, See menjalani latihan amali di pelbagai organisasi seperti pejabat Adun Subang Jaya Michelle Ng dan gerakan Undi 18.
Universiti Harvard, institut pengajian tinggi tertua di Amerika Syarikat, ditubuhkan pada 1636 dan dianggap secara meluas sebagai antara universiti terkemuka di dunia.
Dalam QS World University Rankings 2024, universiti tersebut menduduki kedudukan keempat.
Untuk rekod setakat ini, Malaysia mempunyai kurang daripada 10 alumni keluaran Kolej Harvard.
Sumber: Free Malaysia Today

Berita Trending: Sekelompok Pelajar Persoal Peraturan Sekolah Di TikTok, Siap Mengaku ‘Carut’ Guru Disiplin

Berita Trending: Elcah Sedih Sepupu Maut Di New Zealand - “Macam Tak Percaya Tapi Kami Kena…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Australia Dan Indonesia, The Weekend Ke Malaysia?

gempak
28/09/2024
05:55 MYT
Dengan tamatnya konsert berkenaan, adakah selepas ini The Weekend bakal meneruskan siri jelajah konsert itu ke Asia?
Hiburan

Bernadya Selamatkan Nyawa Content Creator Malaysia Menerusi Lagu

gempak
26/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi asal Indonesia yang kini cukup popular dalam kalangan pendengar generasi muda, Bernadya mendedahkan ada dalam kalangan peminat mengaku membatalkan niat melakukan perkara buruk terhadap diri sendiri selepas mendengar karya-karyanya.
Viral

“Muka Terpaksa Puji” - Netizen Kata IShowSpeed Lebih Menikmati Burger Di Malaysia Berbanding Singapura

gempak
26/09/2024
00:25 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di destinasi terakhirnya iaitu Singapura untuk siri jelajahnya di  Asia Tenggara.
Hiburan

Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”

gempak
23/09/2024
13:25 MYT
Raja pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia tidak kisah untuk menanggung perbelanjaan anaknya, Zaki Yamani, 18 yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Berita

Menteri Pendidikan Kekal Keputusan UPSR & PT3 Dimansuhkan - "Anak-Anak Bukan Tikus Makmal"

gempak
23/09/2024
10:25 MYT
Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kekal dimansuhkan dan tidak dikembalikan semula setakat ini.
BorakSeeni