Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Empat Pelajar Malaysia Berjaya Lanjut Pelajaran di Harvard

Umirah Halim
08/04/2024 10:00 MYT
Empat pelajar Malaysia berjaya diterima masuk bagi melanjutkan pengajian di Kolej Harvard, institut pengajian sarjana muda Universiti Harvard yang berprestij, sebagai antara kumpulan graduan 2028.

Terpilih lanjut pelajaran

Pelajar-pelajar tersebut iaitu, Bryan Lim, Victor Ngow, Thamini Vijeyasingam dan Elisa See adalah dalam kalangan 15.4 peratus pelajar antarabangsa terpilih dari 94 negara untuk melanjutkan pengajian di Harvard College.
 
Nadiah Wan, daripada Harvard Club of Malaysia berkata, institut pengajian tinggi Liga Ivy itu menerima 1,937 pelajar daripada 54,008 yang memohon, dengan kadar penerimaan 3.59 peratus.

Latar belakang akademik pelajar

Mengulas mengenai latar belakang akademik pelajar-pelajar Malaysia yang terpilih itu, Nadiah berkata, Lim merupakan pelajar IGCSE di Garden International School, manakala Ngow ialah lulusan SPM daripada SMK Damansara Utama.
 
Sementara itu, Thamini menamatkan pendidikan menengahnya di ELC International School, manakala See ialah graduan Marlborough College Malaysia.
 
Lim berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan matematik gunaan, Thamini dalam bidang ekonomi dan falsafah, manakala See ingin menuntut ilmu dalam bidang sains politik dan ekonomi, atau sains komputer.
 
Ngow pula akan melanjutkan pengajian sama ada dalam bidang sains alam sekitar dan dasar awam, atau kejuruteraan alam sekitar.

Sumbangan pelajar 

Tambah Nadiah, semelum ini juga pelajar-pelajar yang pintar dan proaktif ini telah banyak menyumbang kepada masyarakat dalam banyak cara, antaranya:  
Universiti Harvard, institut pengajian tinggi tertua di Amerika Syarikat, ditubuhkan pada 1636 dan dianggap secara meluas sebagai antara universiti terkemuka di dunia. 
 
Dalam QS World University Rankings 2024, universiti tersebut menduduki kedudukan keempat.
 
Untuk rekod setakat ini, Malaysia mempunyai kurang daripada 10 alumni keluaran Kolej Harvard.
 
Sumber: Free Malaysia Today

Berita Trending: Sekelompok Pelajar Persoal Peraturan Sekolah Di TikTok, Siap Mengaku ‘Carut’ Guru Disiplin

Berita Trending: Elcah Sedih Sepupu Maut Di New Zealand - “Macam Tak Percaya Tapi Kami Kena…”

#Malaysia #Pelajar #Harvard #Pelajaran #Berjaya #Empat