Hiburan

Empat Tahun Kahwin Belum Ada Zuriat, Aprena Manrose & Suami Tidak Tolak Kaedah IVF

gempak
Azwa Rahman
05/03/2020
10:53 MYT
Sponsor Banner
Empat Tahun Kahwin Belum Ada Zuriat, Aprena Manrose & Suami Tidak Tolak Kaedah IVF
Pelakon Aprena Manrose dan suami berazam mahu mendapatkan zuriat dan tidak menolak untuk mencba kaedah IVF.
Memetik laporan Hlive, Aprena dan suami, Mohd Afiq Hazman telah telah bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
“Selepas keputusan pemeriksaan kesuburan kelak menunjukkan tiada apa-apa jalan, saya akan melakukan proses IVF sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat.
“Kini kami di peringkat kedua pemeriksaan kesuburan untuk mengesahkan apa masalah yang kami alami,” jelas Aprena.
Tambah Aprena lagi, dia dah suami ternanti-nantikan kehadiran zuriat memandangkan bahtera perkahwinan mereka yang telah memasuki usia empat tahun.
“Saya percaya rezeki tu milik Allah SWT dan selama empat tahun saya dan suami berkahwin, saya fokus nak dapatkan anak untuk tahun 2020 ni.
“Tapi kami hanya mampu merancang. Tiga tahun sebelum ni saya terlalu banyak bekerja jadi tahun ni ada masa sikit untuk buat baby,” ujarnya lagi.
Imbas kembali, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live