Gaya Hidup
Enam Selebriti Gred A Dilantik Wajah Rasmi Amber, Simbolik Gaya Hidup Premium & Moden!
Jenama gaya hidup, Amber, di bawah naungan Usanita Sdn Bhd, dengan bangganya mengumumkan pelantikan enam selebriti gred A iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah sebagai wajah rasmi jenama tersebut.
BERITA TRENDING: Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!
Langkah strategik ini dijangka membawa jenama Amber ke tahap baharu, menjadikannya nama utama dalam industri fesyen, kecantikan, dan gaya hidup di Malaysia.Pelantikan enam selebriti tersohor ini bukan sekadar simbol kejayaan mereka dalam bidang masing-masing, tetapi juga melambangkan kepercayaan Amber terhadap nilai dan impak yang mereka bawa. Keenam-enam selebriti ini, yang terdiri daripada ikon fesyen, penyanyi terkenal, dan pelakon tersohor, diyakini dapat meningkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama di mata masyarakat.
“Kehadiran mereka sebagai wajah rasmi Amber bukan hanya melibatkan kerjasama komersial, tetapi juga simbolik kepada aspirasi gaya hidup yang premium dan moden,” kata Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd.
BERITA TRENDING: Usanita Jalin Kerjasama Kreatif Indonesia-Malaysia, Erma Fatima Optimis Kembalikan Kegemilangan 80-an, 90-an! - "Kedua-Dua Negara Punya Kekuatan"
Dalam majlis yang sama, Amber turut merasmikan butik flagship pertamanya yang terletak di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur. Butik ini dirancang untuk menjadi destinasi gaya hidup yang eksklusif, menggabungkan elemen fesyen, kecantikan, dan keanggunan dalam satu ruang. Dengan rekaan dalaman yang mewah dan suasana membeli-belah yang eksklusif, butik ini dijangka menarik pelanggan tempatan dan antarabangsa.BERITA TRENDING: Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Selain koleksi sedia pakai (RTW), Amber juga menawarkan perkhidmatan Amber Bespoke kepada pelanggan yang ingin mendapatkan pakaian tempahan khas (custom-made). Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memilih rekaan, fabrik, dan kemasan mengikut cita rasa dan keperluan mereka, memberikan sentuhan peribadi yang unik kepada setiap busana.“Kami memahami bahawa setiap individu adalah unik, dan Amber Bespoke direka untuk memenuhi kehendak dan gaya peribadi pelanggan kami. Dengan perkhidmatan ini, kami memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman premium yang benar-benar eksklusif,” tambah Datuk Adzliana.
Sempena pelancaran ini, Amber turut memperkenalkan tiga sub-jenama utama:
1. Amber RTW – Menawarkan koleksi pakaian sedia pakai (ready-to-wear) yang menggabungkan elemen kasual dan elegan untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
2. Amber Beauty – Menampilkan rangkaian produk kecantikan termasuk kosmetik dan wangian eksklusif yang direka untuk meningkatkan keyakinan diri.
3. Amber Home – Memperkenalkan koleksi wangian rumah seperti lilin beraroma dan semburan wangian rumah, membawa sentuhan mewah ke dalam ruang kediaman.
Kolaborasi antara Amber dan selebriti gred A ini turut mencerminkan usaha jenama untuk mewakili pelbagai peringkat usia dan golongan. Pemilihan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasangan selebriti yang terkenal dengan gaya hidup moden dan keluarga bahagia, menjadi inspirasi kepada pasangan muda dan ibu bapa.
Aina Abdul, dengan kredibilitinya dalam industri muzik, membawa elemen keberanian dan kreativiti kepada jenama, sesuai untuk generasi yang mahukan ekspresi diri yang berani. Sementara itu, Fattah Amin dan Nora Danish dikenali sebagai ikon popular dalam dunia hiburan yang mewakili keseimbangan antara gaya hidup profesional dan keluarga.
Sophia Albarakbah, bintang muda yang sedang melonjak, pula mewakili generasi baharu dengan semangat inovasi dan keanggunan moden. Gabungan ini memastikan Amber mampu menepati cita rasa pelanggan daripada pelbagai latar belakang.
Amber juga berpegang teguh pada visinya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang mampu milik tanpa berkompromi pada kualiti.
“Kami ingin memastikan Amber dapat diakses oleh semua golongan, tanpa mengira usia atau latar belakang. Dengan tawaran harga yang kompetitif, pelanggan boleh menikmati produk berkualiti premium yang sesuai untuk gaya hidup mereka,” jelas Datuk Adzliana.
Pelancaran butik flagship dan perkhidmatan Amber Bespoke adalah sebahagian daripada komitmen Amber untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan peribadi. Dengan langkah ini, Amber terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup premium di Malaysia dan bersedia untuk meluaskan pasaran ke peringkat serantau.
Must-Watch Video