Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
Amri Hassan
16/10/2024
17:21 MYT
Sponsor Banner
Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.

BERITA TRENDING: 15 Tahun Cerai… Yoyo Padi Akui Masih Sayang, Rossa Menangis Ucap Terima Kasih

Usanita Entertainment berhasrat untuk mewujudkan ekosistem yang mampan dalam industri seni dan budaya, dengan menekankan inovasi serta kolaborasi antara penggiat seni tempatan dan antarabangsa.
Pelancaran rasmi Usanita Entertainment ini dimulakan dengan episod istimewa talk show digital bertajuk Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Dato Sri Rossa. Program ini dihoskan oleh Awal Ashaari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Datuk Seri Prof Dr Hasan.
Episod istimewa ini dijangka memberikan perspektif mendalam tentang perjalanan seni Rossa, yang telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat di seluruh Nusantara.
Sebaik sahaja selesai rakaman program bual bicara tersebut, acara diteruskan dengan upacara simbolik tanda tangan plak perasmian Usanita Entertainment. Rossa bersama Datuk Adzliana secara rasmi menandatangani plak sebagai tanda permulaan perjalanan baharu Usanita Entertainment dalam menerokai peluang baharu untuk penggiat seni tempatan dan antarabangsa.

BERITA TRENDING: “Ucapan Sama Setiap Tahun” - Netizen Tanya Bila Afgan Dan Rossa Nak Bernikah

Upacara tersebut menjadi simbolik kepada hala tuju baharu yang akan diterokai oleh Usanita dalam menyokong perkembangan industri kreatif.

Ikon pupuk hubungan Malaysia-Indonesia

Datuk Adzliana dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa penglibatan Rossa sebagai figura utama pelancaran ini sangat signifikan, memandangkan beliau bukan sahaja dihormati sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai ikon yang berperanan besar dalam memupuk hubungan antara penggiat seni dari Malaysia dan Indonesia.
“Kami berbangga dapat memulakan langkah pertama ini dengan Datuk Seri Rossa, yang membawa pengalaman dan pengaruh antarabangsa dalam arena kreatif. Ini membuka jalan untuk kerjasama yang lebih besar pada masa hadapan,” tambah beliau.
Sesi pelancaran tersebut bukan sahaja berfokus kepada perasmian, malah ia turut disaksikan oleh pelbagai pihak media tempatan yang diberi peluang menyaksikan secara langsung permulaan Usanita Entertainment.
Signifikan tanda tangan oleh Rossa pada pelancaran Usanita Entertainment adalah kerana Usanita bertindak sebagai rakan penaja untuk Malam Gala Filem Dokumentari All Access To Rossa: 25 Shining Years yang akan berlangsung di Dadi Cinema, Kuala Lumpur.
Dokumentari ini meraikan perjalanan karier cemerlang Rossa selama 25 tahun, dan dengan penglibatan Usanita sebagai penaja, ia menandakan sokongan kukuh Usanita terhadap seni dan industri kreatif, sekaligus memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan bakat seni di peringkat serantau.
Dengan kepimpinan dan visi Datuk Adzliana, Usanita Sdn Bhd yakin mampu memainkan peranan besar dalam mentransformasikan industri seni negara ke tahap yang lebih tinggi.
Selain itu, Usanita juga telah merangka pelbagai aktiviti menarik yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menyokong perkembangan dan kelestarian industri kreatif tempatan, dengan memberi fokus kepada pembangunan bakat baharu, penstrukturan semula ekosistem industri seni, dan kolaborasi strategik dengan pemain industri dari luar negara.
Usanita Sdn Bhd berhasrat untuk memperkenalkan beberapa inisiatif yang melibatkan latihan, peluang kerjaya, serta program sokongan kreatif bagi artis-artis tempatan.

BERITA TRENDING: Rossa Terjemah Perjalanan Seni Menerusi Filem Dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years, Bakal Tayang Di Malaysia September Ini!

Usanita Entertainment juga akan melibatkan diri secara aktif dalam penerbitan kandungan berkualiti tinggi yang merangkumi pelbagai platform digital, selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Pendekatan ini adalah sebahagian daripada usaha Usanita untuk memastikan karya seni tempatan mendapat pendedahan lebih luas di peringkat global.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024