Hiburan
"At The End, Anak-Anak Menang!" - Wardina Puji Abby-Norman, Mahu Fizo-Mawar Jadikan Tauladan
Pelakon Wardina Safiyyah antara selebriti yang terpanggil untuk mengulas isu keretakan rumah tangga dalam kalangan selebriti sejak akhir-akhir ini.
Jelas Wardina, kisah perceraian sangat mengejutkan terutama membabitkan pasangan yang tidak disangka-sangka misalnya Fizo Omar dan Mawar Karim.
Menerangkan lebih lanjut kata Wardina, dia mengagumi ketabahan bekas isteri Fizo dalam melontarkan kata-kata biarpun sedar hakikat diceraikan itu perit.
"So well done to Fizo and Mawar. I loved Mawar’s responses. So composed and dignified.
"I know it wasn’t easy. But thank you for giving others a good example despite. Not denying some divorces are ugly and bitter because of valid reasons," tulis Wardina menerusi sebuah entri di Instagram baru-baru ini.
Dalam pada itu, Wardina menasihati orang ramai agar tidak membuat provokasi terhadap pasangan yang baru bercerai termasuk mencari punca terhadap keretakan rumah tangga yang berlaku.
Malah, Wardina memuji usaha bekas pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi yang menyatu demi kebaikan anak-anak mereka.
"Suka sangat tengok Abby, Norman and Memey. At the end of the day, anak-anak membesar dengan baik... anak-anak 'menang'," puji Wardina.
Pasangan Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada Rabu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor selepas mendirikan rumah tangga selama enam tahun.
Must-Watch Video