HIBURAN
Enggan Ajar Anak Berpuasa Demi ‘Duit Raya’, Shaheizy Sam Syukur Syeriv Dah Faham Agama - “Bila Waktu Solat, Dia Nak Jadi Imam”
Syukur anak lelaki sudah mula berpuasa, pelakon Shaheizy Sam memberitahu dia tidak pernah menjanjikan sebarang ‘duit raya’ jika putera sulungnya itu berpuasa penuh.
Niat berpuasa
Menurut Sam, dia enggan mengajar anak-anak untuk melakukan satu perkara untuk mendapatkan sesuatu daripadanya.
“Alhamdulillah Syeriv memang dah mula berpuasa. Saya memang tak menjanjikan apa-apa duit raya kalau puasa. Sebab saya tak nak dia puasa sebab nak duit raya.
“Saya tak nak ajar mereka buat sesuatu benda, akan dapat ini. Tapi tak tahu la kalau mak dia yang ada menjanjikan sesuatu tapi saya memang tak.
“Lagipun dia pun bersekolah yang memang belajar agama. Bila waktu solat pun, Syeriv nak jadi imam untuk mak dia. Jadi, dia banyak belajar mengenai puasa dan solat,” katanya kepada Gempak.
Tawar diri jadi imam
Dalam pada itu, suami kepada aktres Syatilla Melvin ini juga mendedahkan anaknya, Syeriv Samheizy sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi imam ketika solat bersama ibunya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Gemuk Demi Hidupkan Watak Filem, Shaheizy Sam Tak Kejar Anugerah Antarabangsa - “Saya Buat Untuk Kepuasan Diri”
ARTIKEL BERKAITAN: 4 Bulan Pulun! Shaheizy Sam Naikkan 12KG Berat Badan Demi Watak - "Saya Makan Selagi Boleh, Sebanyak Mungkin"
Bukan itu sahaja, pelakon filem Polis Evo ini juga memberitahu anaknya gemar bertanyakan soalan dan berikan jawapan yang di luar jangkaannya.
“Syeriv memang yang tawarkan diri untuk jadi imam ibu dia. Syeriv ini pun kalau kita tanya soalan, dia mesti akan beri jawapan yang kita sendiri tak jangka.
“Contoh, baru ini ibu dia cerita yang Syeriv ada tanya soalan tapi ibu dia tak tahu nak jawab apa. Dia tanya ‘kenapa duit sangat penting, sedangkan dia hanya kertas dan nombor saja?’.
“Sebab itu kena jelaskan apa nilai duit dan emas. Ibu dia ada tanya ‘macam mana awak mentakrifkan seorang yang kaya’. Dia jawab ‘orang yang sedekah’,” ujarnya.