Hiburan
4 Bulan Pulun! Shaheizy Sam Naikkan 12KG Berat Badan Demi Watak - "Saya Makan Selagi Boleh, Sebanyak Mungkin"
Pelakon Shaheizy Sam sanggup menaikkan berat badan sehingga 90 kilogram (kg) demi menjayakan karakter dalam filem yang masih dirahsiakan.
Makan sebanyak mungkin
Sam, 41, mendedahkan dia perlu makan lima kali sehari selama empat bulan untuk menaikkan berat badan sebanyak 22 kg.
“Susah juga nak naikkan berat badan ini. Dari bulan 6 saya pulun, makan masa 4 bulan juga lah saya nak dapatkan berat badan sebegini.
Advertisement
“Berat badan saya naik daripada 70kg hingga 92kg, ini merupakan paling berat dalam hidup saya.
“Saya akan makan seberapa banyak mungkin yang boleh macam 4 ke 5 kali dan makanan yang saya ambil memang tidak sihat.
“Saya akan makan selagi boleh, jangan tunggu lapar, sebelum tidur makan tetapi saya akan makan semua makanan yang tak sihat seperti ais krim satu tub, burger meleleh yang bersepah tu,” katanya ketika dihubungi Gempak.
BERITA TRENDING: Setiap Urusan Dipermudahkan, Shaheizy Sam Kongsi Kisah Sebak Semasa Jalani Ibadah Umrah – “Termenung 5 ke 8 Saat Depan Hajarul Aswad”
BERITA TRENDING: Fasha Sandha Menangis Terkenang Dugaan
BERITA TRENDING: Wanita Suka Tayang Kemewahan Dibunuh, Mayat Disumbat Dalam Almari Pakaian
BERITA TRENDING: Kemelut Antara Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berakhir, Sudah Capai Penyelesaian Cara Baik - "Kami Pernah Terlibat Dalam Pergaduhan..."
Bagaimanapun, pelakon Polis Evo itu, akui perubahan fizikalnya yang agak gempal ketika ini membuatkan dirinya mengalami kesukaran untuk bergerak dan cepat letih.
“Buat masa sekarang, saya memang dah tak larat untuk push walaupun memaksa diri untuk naikkan badan dengan makanan yang tidak sihat, saya sendiri pun rasa tak sihat sebab saya akan rasa penat, mengah, dan duduk sekejap akan sakit pinggang, jadi ia tak seronok,” ujarnya lagi.
Tambah Sam, perubahan fizikal ini juga merupakan inisiatif dirinya sendiri untuk menghidupkan lagi watak yang dibawa.
“Watak ini saya belum pernah dapat watak ini sebelum ini, saya sudah ditawarkan dari tahun lepas.
“Watak sangat menarik jadi memang saya mahu, bila saya tahu pasal skrip baru saya decide macam kalau watak ini gemuk mesti best.
“Bulan 11 ini saya akan mula turunkan badan pula untuk filem seterusnya.
“Ketika itu saya mahu ajak ramai orang Malaysia yang cuba nak kuruskan badan tapi tak dapat untuk ikut apa saya buat untuk turunkan berat badan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, kakak Sam yang juga pelakon, Datin Seri Zizie Izette, 44, membuat hantaran di Instagram Story dengan memuji kesungguhan Sam yang sanggup menaikkan berat badan semata-mata memenuhi tuntutan kerja sekali gus mencuri perhatian pengikutnya di media sosial.
Must-Watch Video