Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Enggan Cipta Kontroversi Lagi, Puteri Balqis Tak Mahu Baca Komen Di Media Sosial - “Saya Bukan Jenis Post Bersujud Di Instagram”

Azwa Rahman 17/02/2022 | 08:47 MYT
Selepas kontroversi salah faham yang membabitksn seorang pelakon remaja, aktres cilik Puteri Balqis menegaskan dia tidak mahu lagi membaca sebarang komen di ruangan media sosial.
Menurut Balqis atau nama lengkapnya Puteri Balqis Azizi, 15, tindakan tersebut diambil kerana dia mahu melakukan hal sendiri dah tidak mahu ikut campur dalam mana-mana kontroversi lagi selepas ini.
“Selepas ni, Aqish lebih kepada nak buat hal sendiri lagi sebab sebelum ni pun Aqish dan mama memang buat hal sendiri. Jadi bila secara tiba-tiba dia komen macam tu, lepas ni Aqish tak mahu lagi check social media.
“Sebelum ni Aqish memang jarang check dan perkara tu berlaku pun sebab ada orang hantar pada Aqish. Tapi lepas ni Aqish taknak check dah walaupun ada orang bagi. Kami nak berada di dalam dunia kami je,” jelasnya.
Dilabel sebagai anak memberontak oleh segelintir wargamaya, Aqish meluahkan dia ada cara tersendiri untuk berinteraksi di media sosial yang sama sekali berbeza dengan realitinya.
“Itu adalah cara Aqish tunjuk di social media. Di social media, Aqish mendekati Tuhan melalui puisi tapi bila dekat rumah, bila kami privasi, dekat situlah kami berdoa.
“Aqish bukan jenis yang akan post bersujud di social media. Di rumah, bila Aqish mendekati Tuhan, menangis, semua dengan ibu. Doa-doa kami takde orang yang dengar dan kami bukan jenis suka post di Instagram,” jelas Balqis ketika ditemubual.
Balqis ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media filem Rumah yang diadakan di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya pada Isnin.
Bukan itu sahaja, kontroversi tersebut juga membuatkan wargamaya menegur penampilan Balqis yang dikatakan semakin seksi dan daring.
Menurut Balqis, dia harap mereka tidak memberikan tumpuan kepada apa yang dipakainya dan lebih melihat kepada perkongsian puisi-puisi yang dicipta.
“Dari segi bab fesyen, Aqish hanya nak mencari estetik Aqish sahaja. Aqish minta maaf kalau fesyen Aqish beri contoh yang buruk pada agama tapi inilah cara Aqish cope dengan benda yang Aqish tengah lalui. Aqish cuma nak bereksperimen.
“Sekarang, fesyen ni cuma zahir je tapi Aqish minta sangat, bukan minta jangan judge sebab orang akan berkata macam mana pun, cuma Aqish nak mereka nampak Aqish cuma nak sambung apa yang Aqish buat dengan tulis puisi dan lontarkan benda yang indah,” ujarnya lagi.
#Kontroversi #Puteri Balqis #Media Sosial
;