Laman Utama
“Enough With The Play Victim Drama…” - Puteri Sarah
Enggan berdiam diri, pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memuat naik status di Instastory selepas suaminya iaitu pengarah Syamsul Yusof mengaku menyekat nombor telefonnya.
Puteri Sarah secara sinis berharap Syamsul tidak berterusan memutar beli kenyataan dengan mengatakan dirinya tidak mahu berpisah disebabkan masih menyayangi isteri pertama.
“Twist la cerita selagi boleh. Tak apalah nak minta lepas pun. Haaa jangan lepas ini twist lagi cerita pula ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ni saya sayang dia’,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Puteri Sarah turut meminta suaminya untuk berhenti menggunakan drama ‘play victim’ dan menuding jari.
“Enough with the 'play victim' drama and blaming,” tegasnya.
Terdahulu, Syamsul mengakui dia mempunyai sebab menyekat nombor telefon Puteri Sarah dan tujuan mendedahkan perkara itu kerana mahu mengelakkan diri dari terus difitnah.
Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.
Bertambah teruk lagi, apabila Puteri Sarah meminta Syamsul untuk melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.