Episod satu The Maid yang lalu telah meninggalkan seribu tanda tanya termasuk dikejutkan dengan kematian isteri ke empat Mr. Jay iaitu Elissa.
Elisaa yang dilakonkan oleh Mira Filzah itu ditemui mati dipercayai perutnya ditikam di dalam biliknya ketika acara makan malam di rumah isteri pertama, Suhana.
Kini, ramai yang tidak sabar menantikan sambungan The Maid di episod kedua pada jam 9 malam ini.
Ada yang membuat andaian Mr. Jay yang dilakonkan oleh Norman Hakim sendiri yang membunuh isteri keempatnya kerana ada niat untuk berkahwin lagi.
“Plot twist nanti Jay yang bunuh Elissa sebab nak kahwin lain hahaha. Ok lawak je,” kata salah seorang netizen yang memberi komen di akaun Instagram Gempak.
Pun begitu, apa yang pasti pada episod 2 kali ini salah seorang suspek telah ditangkap kerana dipercayai membunuh Elissa. Siapakah dia? Jawapannya ada di dalam episod malam ini.
Selain itu, dalam episod terbaharu ini seorang wanita tiba-tiba muncul di hadapan rumah Suhana dan disambut baik oleh Mr Jay.
Banyak babak misteri dan komedi serta plot twist yang akan berlaku dalam episode kali ini. Pasti anda tidak sabar menantikan apa yang berlaku.
Jangan lupa saksikan The Maid siri baharu original Gempak ini yang ditayangkan setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).
Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.
Selain Norman dan Mira Filzah, The Maid turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimanapun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go, On Demand dan juga www.gempak.com
Syafiqah Jalal
Wed Jan 13 2021


“Bahagianya Bila Orang Datang Rumah Melawat, Tumpang Solat, Makan” – Ozlynn. Ini Hikmah Yang Dijanjikan.
Membaca posting Ozlynn tentang rumahnya yang sering diziarahi tetamu buat admin teringat satu kisah Nabi. Apa jawapan Nabi apabila ada isteri yang mengadu, suaminya sering membawa tetamu ke rumah sehingga dia kepenatan?

Munculnya Hero Sebenar Menyelamatkan Bumi! Ultraman Taiga The Movie Kini Di Astro First!
Boleh lah layan satu family!

“Bangun Pagi Makan, Tengahari Tidur, Bila Senja...” - Lagu Kreatif PKP Linda Nanuwil Bikin Ramai Terhibur!
Berbakat buat lagu rupanya!

Zarul Imbas Kenangan Bawa Watak Lelaki Lembut - “Tengok Balik Malu Ada Kelakar Pun Ya”’
Zarul kata lucu waktu tu bila nak berlakon heheh

Ambil Gaji Bulanan Rendah, Ben Ali Sengaja Pratikkan Hidup Bersederhana - "Kami Juga Sesak Sama Seperti Orang Lain ..."
Suatu masa tu, ada gaji staff yang lagi tinggi dari gaji kami.

Izzue Islam Terkejut Aeril Zafrel Positif Covid-19 - "Padahal Dia Sentiasa Jaga SOP"
Jangan pernah terleka, patuh SOP!

Kampong Pisang Masih Tak Tenteram, Penduduk Diganggu Penunggu Hutan
Bala apa pula menunggu dalam hutan tu?

“Rasa Macam Ada Kat Sana” - Pesakit COVID-19 Di MAEPS Ceria Menari Lagu Teman, Iman Troye Sebak
Dengar lagu Teman ni mesti badan bergoyang.

Hyun Bin Bakal Muncul Dengan Filem Confidential Assignment 2, Line Up Pelakon Lain Pun Hebat!
Wohoo! Hyun Bin is back! Comfirm letop!

COVID-19 : 12 Kluster Baru & Jumlah Kematian Tertinggi Dicatatkan Hari Ini Iaitu Sebanyak..
Stay safe guys