Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Episod Akhir Megadrama Dedaun Hijau Di Angin Lalu Bakal Tayang 2 Episod Berturut-Turut

Umirah Halim
01/08/2024 10:25 MYT

Sebagai respons kepada sokongan penonton yang luar biasa, drama yang mendapat rating tinggi, drama ‘Dedaun Hijau di AnginLalu’ menerusi slot Megadrama akan menayangkan dua episod akhir berturut-turut.

Episod akhir ini menjanjikan babak dramatik yang lebih intense dan kesan emosi yang mendalam.

Tayangan berturut-turut

Minggu akhir “Dedaun Hijau di Angin Lalu” akan disiarkan pada 5 hingga 8 Ogos nanti. Tayangan berturut-turut akan dibuat pada 8 Ogos, khas untuk semua peminat drama ini.

Adakah kebahagiaan Intan dan Assad akan bertahan, atau takdirakhirnya akan memisahkan mereka?

BERITA TRENDING: Kelihatan Tenang Sebaik Sahaja Bercerai, Dr

BERITA TRENDING: Pelajar Tingkatan 2 Hamil Dirogol Sepupu Ketika Hari

Selain itu, rahsia lama dan persoalan tentang bapa Intan akan terungkap dalam dua tayangan berturut-turut ini.

Kemunculan seorang wanita misteri menimbulkan tanda tanyabagi Intan. Keanehan semakin mendalam apabila wanita ituseolah-olah mengenali bapa Intan yang baru saja muncuk.

BERITA TRENDING: Dr Say Menggigil Tahan Marah! Maid Senyap-Senyap

BERITA TRENDING: Penangan Nama Di Ending Kredit Deadpool &

Sementara itu, Assad terkejut apabila mendapati Intan dan Ismadi tidak berada di rumah. Kebimbangan Assad semakinbertambah apabila Kak Jorah ditemui pengsan di biliknya. Apakah yang sebenarnya terjadi, dan apakah hubungan wanitamisteri itu dengan bapa Intan?

Jangan lepaskan pengakhiran yang mendebarkan Astro Megadrama, Dedaun Hijau di Angin Lalu, yang disiarkansetiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria dan boleh ditontonatas permintaan melalui Astro Go dan sooka!

#Drama #Akhir #mega #2 episod #angin lalu #berturut #dedaun hijau