Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Episod Paling Seram!” - Iman Jadi Hantu, Penunggu Hutan Ganggu Penduduk Kampong Pisang

Azwa Rahman
26/01/2021 07:55 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod kelapan iaitu Hutan dan Penunggunya pada malam tadi.

Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Pekin Ibrahim sebagai pelakon jemputan yang memegang watak sebagai Imam Zakaria.

Episod Hutan dan Penunggunya mengisahkan geng Pak Jabit, Barkoba dan Madi pergi memancing bersama seorang warga kampung yang dikenali sebagai Pak Idrus.

Keadaan jadi huru hara apabila mereka terjumpa mayat Pak Idrus yang rupanya sudah lama mati.

Kehadiran Imam Zakaria bersama jemaah surau pada pukul 3 pagi mendesak mahu menguruskan jenazah Pak Idrus mengundang misteri Barkoba, Madi dan Cik Chun.

Rupanya, mereka adalah sekumpulan penunggu hutan yang mahu meratah daging jenazah Pak Idrus.

Meninjau ke laman Twitter, ramai wargamaya yang menyatakan episod kelapan ini merupakan paling seram.

Rasanya episod kali ni paling seram aih. Episod 8,” komen seorang wargamaya.

Kau apehalllll tibeh datang ntah dari mana, nak jaw drop plak tengok jenazah kena makan? Xpepasal kena tikam,” kata seorang wargamaya.

Hahahaha tapi seram jugak la rupa2 hantu malam ni. Banyak zoom in terus muncul kat screen ahahha,” tulis seorang wargamaya.

Pergh tukar jadi wolf siot geng tabligh nii!!!! Wkwkwkw,” komen seorang wargamaya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).

#Pekin Ibrahim #mamat khalid #Kampong Pisang Bersiri-siri