HIBURAN
Erma Fatima ‘Pantang’ Stesen TV Potong Babak Dalam Drama Terbitannya Tanpa Izin - “Kalau Tak Suka, Beritahu…”
Pengarah Erma Fatima mengakui akan berlaku pergaduhan antara dia dengan stesen TV apabila dramanya mula ditayangkan.
Potong babak tanpa izin
Menurut Erma, dia hanya akan menonton drama terbitannya untuk memastikan pihak stesen TV tidak memotong babak tanpa mendapat kebenarannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti Belajar ‘Law’ Demi Berlakon, Keputusan Erma Fatima Dapat Tentangan Daripada Keluarga - “Kalau Jadi Peguam, Berapa Tahun Lagi Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Pernah ‘Join’ Kumpulan Jemaah, PU Syed Gesa Erma Fatima Buat Laporan Polis - “Saya Nak Minta Tolong…”
“Setiap kali drama saya ditayangkan, pasti ada pergaduhan antara saya dan stesen TV. Kerana apabila drama saya ditayangkan, saya tidak menonton TV, saya jarang menonton.
“Saya tak pernah menonton drama-drama TV. Saya tak pernah menonton drama orang lain. Tapi saya akan duduk depan TV untuk tonton drama saya apabila ditayangkan.
“Kerana saya nak tengok ada tak mereka (stesen TV) potong drama saya tanpa izin saya,” kongsi Erma menerusi sebuah podcast di TikTok.
Penonton terganggu
Kata Erma lagi, dia kurang gemar sekiranya pihak lain yang memotong babak yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan penonton terganggu untuk menonton drama tersebut.
“Sebab saya ada beritahu stesen TV, kalau nak potong beritahu saya. Biar saya yang potong, jangan berani potong. Kalau awak tak suka, beritahu saya yang akan potong.
“Sebab kalau mereka yang potong, akan buat orang tengok terganggu. Itu yang saya tak suka. Jadi saya akan tengok untuk memastikan tiada potongan daripada pihak sana,” katanya.
Tak tonton drama orang lain
Dalam pada itu, Erma mengakui dia sememangnya tidak pernah menonton dan ambil tahu tentang drama orang lain.
“Tapi untuk saya duduk malam-malam tengok drama, saya tak pernah. Sebab itu kalau awak tanya saya drama apa yang sedang tayang, saya tak tahu,” ujarnya.
undefined