HIBURAN
Dedah Pernah ‘Join’ Kumpulan Jemaah, PU Syed Gesa Erma Fatima Buat Laporan Polis - “Saya Nak Minta Tolong…”
Pendakwah Bebas, PU Syed menggesa Erma Fatima untuk membuat laporan polis sekiranya dakwaannya mengenai penghasilan drama Bidaah itu adalah merupakan kisah benar yang dialaminya sendiri.
Jelas PU Syed, laporan harus dibuat bagi memastikan tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa ke atas kumpulan yang mengamalkan sesuatu yang tidak betul namun menggunakan agama seperti dalam karyanya.
“Kepada Kak Erma, saya minta tolong buat laporan polis selepas mengatakan drama itu hasil dari pengalaman dirinya sendiri yang pernah mengikuti sebuah kumpulan telah mengamalkan sesuatu yang tak betul serta tok guru meniduri anak murid sendiri.
“Saya nak minta tolong sebab Puan Erma yang menyatakan sendiri dan tolong buat laporan polis supaya polis ambil tindakan ke atas kumpulan tersebut yang mana telah memberi idea untuk Puan Erma membuat drama tersebut,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga bersetuju dan meminta agar pengarah itu terus membuat laporan kepada pihak berwajib agar tindakan boleh dikenakan.
“Tak selesai masalah kalo berlaku jenayah sekadar pergi bt filem...repot polis amat perlu
“Betul ustaz. Setuju. Bahaya ni dibiarkan. Bimbang yg baru nk kenal n belajar agama diperangkap
“Jabatan Agama kena ambil tindakan kalau betul.
“Betul...buat laporan polis..buat laporan kpd pihak jakim.
“Setuju dgn ustaz buat report jika benar,” kata netizen.
Terdahulu, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali mendakwa karya terbaharunya itu dihasilkan daripada kisah benar dialaminya sendiri.
Jelas Erma, pada awalnya kumpulan jemaah ini memberi ajaran yang betul sehingga satu hari anak-anak di dalam kumpulan itu menceritakan sesuaty yang mengejutkan.
Pengarah berusia 56 tahun itu juga dengan tegas mengatakan dirinya sama sekali tidak membuat cerita memandangkan mangsa-mangsa juga berani bersumpah.
Must-Watch Video