Menurut Ernie, peluang berduet dengan ikon negara itu merupakan impian yang sangat didambakannya dan berharap dapat direalisasikan satu hari nanti.
“Setakat ini belum ada lagi lagu duet bersama beliau. Kalau ada atau tidak, saya akan umumkan nanti.
Ernie ditemui pada sidang media lagu terbaharunya bersama penyanyi Indonesia, Anggi Marito yang berjudul Kisah Penuh Kecewa di pejabat urusan Universal Music Malaysia pada Rabu.
Perlu Perancangan Rapi
Bagaimanapun, pelantun lagu hits Masing Masing itu menjelaskan bahawa sebarang kolaborasi perlulah dirancang secara teratur memandangkan kedua-dua mereka mempunyai jadual kerja yang cukup padat.
“Sudah tentu saya berharap impian ini jadi kenyataan, namun ia memerlukan perancangan yang rapi.
“Saya yakin beliau juga sangat sibuk sekarang, lebih-lebih lagi kami berada di bawah label yang sama. Beliau sedang menguruskan pelbagai komitmen sekarang ini.
“Saya pun ada bisik-bisik kepada Kak Rozi (pengurus Siti),” kongsi Ernie lagi.
Dalam perkembangan lain, Ernie turut memaklumkan mengenai album ketiganya yang bakal menampilkan kolaborasi penyanyi dari Malaysia dan Indonesia.
“Album Sahabat akan memuatkan 10 buah lagu, Insya-Allah.
“Semuanya lagu-lagu baharu,” ujar Ernie ringkas.