Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ernie Zakri Kongsi Satu Pentas LANY, Netizen Terkejut - “Kalau Leka Sikit,Tahu-Tahu Duet Ariana Grande”

Umirah Halim
23/09/2024 04:25 MYT

Penyanyi, Ernie Zakri mencuri tumpuan selepas membuat kemunculan sebagai artis jemputan di konsert kumpulan pop rock asal Amerika, LANY.

Menerusi perkongsian di akaun X, Ernie meluahkan rasa keterujaan setelah dapat berkongsi pentas bersama LANY menerusi lagu Out of My League.

“Korang saya baru sahaja bernyanyi bersama Paul Klein,” tulisnya beserta emoji terharu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Netizen terkejut

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet meluahkan rasa bangga, dan ada juga yang terkejut dengan penampilan khas yang dibuat oleh pelantun lagu Masing-Masing itu.

“Ni kalau leka sikit, tahu - tahu duet Ariana Grande.

“Tak sangka Ernie duet dengan LANY malam ni. Bangga sangat dengan Ernie.

“Power doh ernie zakri. Dia duet terus weh dengan international band.

“Takde angin, takde ribut, takde tsunami , tiba-tiba Ernie Zakri x Lany,” komen beberapa netizen.

BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

​BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti
​BERITA TRENDING: Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef
​BERITA TRENDING: Kongsi Foto Akad Nikah Dengan Hazwani Helmi,

Untuk info, konsert LANY ini telah berlangsung pada 22 September 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan tema sempena album terbaru mereka ‘A Beautiful Blur: The World Tour’.

Album terbaru mereka, A beautiful blur ialah studio album mereka yang kelima dan telah debut nombor dua di carta Billboard’s Current Rock Albums.

#Konsert #Ernie #LANY #Kongsi #Zakri