Hiburan
Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”
Pelakon, Angeline Tan mengakui dia berasa tenang ketika dirinya dan suami, Sabri Yunus terpalit dengan kontroversi melibatkan perkahwinan mereka yang didakwa tidak sah.
Syukur dikurniakan suami yang baik
Jelas pelakon X-Change, dia tidak melatah apabila perkara itu diperkatakan dan berasa bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik untuknya.
“Apa yang boleh saya katakan adalah ketika itu saya rasa sangat tenang. Saya tidak ambil peduli langsung tentang perkara itu, walaupun kawan-kawan saya bertanya, 'awak tak takut ke?'.
“Saya hanya menjawab, 'saya rasa beruntung sebab Abang Sabri adalah seorang yang sangat kuat dan dia tahu apa yang dia lakukan”, jelasnya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: “Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko
BERITA TRENDING: Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”
BERITA TRENDING: Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”
BERITA TRENDING: Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Tak peduli komen negatif
Advertisement
Dalam pada itu, Angeline menyatakan suaminya sentiasa meyakinkan dirinya bahawa perkahwinan mereka sah di sisi undang-undang Islam.
Penjelasan dan keyakinan yang diberikan oleh suaminya membuatkan dia tidak mempedulikan komen negatif atau kritikan daripada pihak luar.
“Dialah yang buat saya yakin. Jadi, saya tidak pernah terfikir yang perkahwinan kami ini tidak sah sebab suami saya sudah jelaskan semuanya. Sebab itu kami tidak kisah dengan komen-komen negatif dari orang luar”, ulasnya.
Sementara itu, pelakon tersebut turut mendedahkan mereka telah menerima banyak panggilan dan mesej dari ahli keluarganya kerana bimbang akan kontorversi yang menimpa mereka.
“Kami menerima banyak panggilan dan mesej, malah makcik saya juga bertanya kenapa perkara ini boleh terjadi, kerana mereka risaukan kami”, kongsinya.
Terdahulu, perkahwinan Angeline Tan dan Sabri Yunus telah dituduh oleh seorang ustaz yang menyatakan perkahwinan mereka tidak sah.
Angeline atau nama Islamnya Ardini mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah Sabri Yunus pada 14 Oktober tahun lalu dan memeluk islam pada 26 September 2023.
Must-Watch Video