Penyanyi Ernie Zakri tidak mahu menjanjikan "bulan bintang" pada malam solo konsertnya pada Januari depan.
Apa yang penting, beliau mahu semua peminatnya pada malam yang menyaksikan Konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert terhibur dan berpuas hati.
Keutamaan itu kata Erni adalah segalanya bagi dia untuk peminat.
"Apa yang saya harap dan mahukan ialah kenangan malam itu dan saya mahu kongsi journey konsert Aura itu nanti.saya nak create memories bersama dan share journey Aura pada malam itu bersama semua peminat yang hadir.
"Aura itu bukan sahaja cerita mengenai saya sahaja.. tetapi mengisahkan perjalanan semua orang..perjalanan semua wanita.
"Jadi kepada sesiapa yang dah beli tiket Ernie jangan lupa datang saksikan persembahan istimewa Ernie,"katanya.
Sebelum ini kecoh diperkatakan mengenai tiket konsert Aura licin dalam tempoh 7 jam.
Konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert bakal berlangsung pada 25 Januari tahun depan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).