Hiburan

Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."

gempak
Asyraf Roslan
20/10/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."
Bercakap perihal rumah tangga, penyanyi, Syamel akui dia berasa gusar melihat ramai rakan selebriti yang menghadapi masalah sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah.
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata dia dan isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri juga pernah berdepan cabaran dalam perkahwinan sama seperti pasangan suami isteri lain.
Namun baginya, kunci utama untuk menyelesaikan masalah dalam rumah tangga adalah komunikasi antara pasangan suami isteri.
“Jadi pasangan yang mempunyai karier yang sama adalah satu cabaran yang sangat-sangat besar. Semakin lama saya mendirikan rumah tangga bersama Ernie, semakin banyak cabaran dan dugaan yang berlaku.
“Itu tidak tipu, semua orang pernah laluinya. Tapi saya lebih gemar ambil pendekatan untuk duduk dan berbincang jika mempunyai masalah,” ujarnya menerusi video temu bual di Instagram Hlive.
Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, Syamel berkata dia dan Ernie bersetuju untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kehidupan peribadi mereka kepada umum.
Bagi pemilik nama, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, kewujudan sosial media membuatkan ramai orang hanya mahu menonjolkan perkara yang cantik dan gembira sahaja.
“Kita dah didedahkan dengan sosial media, dan teknologi sekarang membuatkan kita ingin meraih perhatian dan pujian. Jadi benda itu membuatkan kita terbawa-bawa sehingga ia sebati dalam diri kita.
“Kita nak expose segala benda yang cantik-cantik, yang happy-happy sahaja tanpa tahu impaknya.
“Jadi kami mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati dalam perkara yang ingin kami tonjolkan dekat orang atau mana yang kita nak keep it private,” katanya lagi.
Untuk info, Syamel dan Ernie telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dengan sekali lafaz sahaja di Masjd Puncak Alam, Selangor.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka berdua telah dikurniakan seorang puteri dalam kehidupan mereka yang diberi nama Nur Khawla Soleha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024