Penyanyi Ernie Zakri tampil membuat permohonan maaf susulan kesilapan yang dilakukan ketika menyanyikan lagu hits Dawai dalam konsert Patah Hati 3.0 pada Khamis lalu.

Sedar akan kesalahannya, jelas Ernie, dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya ada baca komen tanya kenapa salah lirik. Saya tahu ramai peminat lagu Dawai jadi saya memohon maaf.

"Saya mengaku salah saya," katanya dalam satu hantaran video di media sosial.

BERITA TRENDING: Netizen ‘Bitter’ Ernie Zakri Tercalon Top 5 Penyanyi Wanita Popular - "Mesti Keluarga Je Yang Undi...

Tambah Ernie lagi, ketika sesi latihan berlangsung tiada sebarang masalah berlaku dan sudah menghafal lirik lagu berkenaan kerana tiada prompter disediakan pihak penganjur.

"Sejujurnya, ketika pihak penganjur memberikan saya tugas untuk menyanyikan lagu Dawai, saya tak sempat dengar betul-betul lagu tu.

"Saya memang tahu korus sebab selalu tengok di TikTok tapi tak tahu lirik dari awal. Maksudnya, saya tak familiar sangat lagu ini cuma tahu bahagian korus saja.

"Tapi, saya hafal sebab saya tahu tak ada prompter. Masa latihan saya sangat yakin tapi bila dah menyanyi dan menghayati sampai rasa seronok, saya lupa lirik.

"Ia normal dan terjadi pada saya," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Wajah Hiasi Billboard Gergasi Times Square New York, Ernie Zakri; "Saya Tak Pernah Terbayang"

Dawai merupakan lagu nyanyian Fadhilah Intan yang menjadi runut bunyi dalam filem Air Mata di Ujung Sajadah.

Lagu hasil ciptaan Hendro Djasmoro dan Albert Juwono ini telah mendapat perhatian ramai sejak bulan lalu di aplikasi TikTok.