HIBURAN
Erra Fazira Masih Terkenang Momen Bekas Suami Ambil Anak Ketika Usia 3 Tahun - “Sampai Sekarang Menyentuh Hati Saya”
Pelakon Erra Fazira berkongsi momen yang paling menyentuh hatinya sehingga tidak dapat dilupakan sampai ke hari ini.
Momen menyentuh hati
Menerusi podcast Borak Selebriti SINAR, Erra memberitahu dia masih ingat insiden bekas suaminya, Engku Emran ingin mengambil anak mereka, Engku Aleesya yang ketika berusia tiga tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Bawa Jumpa Ibu, Erra Fazira Masih Dalam Fasa ‘Manis’ Dengan Mr E - “Kalau Dahulu Nak Keluar Dating Mesti Akan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira Lebih Selesa Tanpa Tekanan Trend Pasangan Selebriti - “Untuk Pasangan Muda Bolehlah Kot…”
ARTIKEL BERKAITAN: Mr. E Sifatkan Erra Fazira Seorang Yang Matang, Elegan, & Bijak - “Dia Juga Senang…”
“Ada satu momen, saya sampai sekarang menyentuh hati saya. Tapi saya tak tahu la, saya salah ke buat macam itu. Kejadian berlaku ketika usia dia tiga tahun… ketika itu, bapa dia nak ambil dia.
“Bapa dia memang kalau anak menangis akan cakap ‘ini yang saya tak nak terjadi, anak menangis macam ini’. Itu antara kita yang dewasa punya masalah.
“Bila ayahnya ambil, Aleesya menangis… saya macam ‘shh Aleesya jangan menangis, nanti ayah marah’. Anak berusia tiga tahun itu macam terdiam, dengan reaksi dia macam terkejut tengok reaksi saya.
“Selepas itu dia jadi kuat, dia masuk kereta diam. Saya jadi macam adakah silap saya buat macam itu,” katanya.
Pendam perasaan
Pada perkongsian yang sama, Erra mendedahkan insiden itu juga menyebabkan anaknya menjadi seorang yang memendam perasaan.
“Momen itu sampai sekarang masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Itu momen yang memang saya tak boleh lupa dan selepas itu, saya tengok anak saya dia tak ekspresif.
“Kalau dia gembira pun dia pendam, dia sikit-sikit saja. Kalau dia sedih pun, dia akan cuba lari atau pandang tempat lain. Dia pandai sorok emosi.
“Sampai sekarang kalau saya cakap ‘Aleesya, awak kena keluar sikit, bercakap dengan orang, jangan orang jawab sepatah, awak jawab sepatah’. Saya masih ingatkan dia lagi,” ujarnya.
Untuk rekod, Erra Fazira mendirikan rumah tangga dengan Engku Emra pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.
Namun jodoh mereka tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014.
@sinar_my Peristiwa yang masih terngiang-ngiang dan terbayang hingga sekarang sampaikan Erra Fazira bertanya kepada dirinya adakah salah tindakannya dulu ketika Aleesya berusia sekitar 3 tahun. 🥺😢 Video penuh di Youtube SINAR #SINARKongsi #BorakSelebriti #errafazira #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #xybca ♬ original sound - SINAR
Must-Watch Video