Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Erra Fazira Mohon Maaf Tak Dapat Hadir Majlis Nikah Shahir

Amri Hassan
11/09/2022 03:55 MYT
Pelakon jelita Erra Fazira mengakui menerima jemputan ke majlis perkahwinan penyanyi Shahir yang telah berlangsung pada awal September lalu.

Bagaimanapun, jelas Erra dia tidak dapat memenuhi undangan Shahir berikutan komitmen kerjanya.

"Alhamdulillah, dia (Shahir) dah selamat diijabkabulkan. Sudah bergelar suami orang, semoga berkekalan hingga je jannah.

"Minta maaflah saya tak dapat hadir, kerana ada kerja lain," ujarnya ringkas.

Erra ditemui bersama anak perempuannya, Engku Aleesya di majlis resepsi Pakar Pelaburan Saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan isteri Datin Tuan Nor Ernie Rosemerie Tuan Zahari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Sabtu.

​Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan telah selamat diijabkabulkan dengan pemilik butik berasal dari Sabah, Jaskin Jaludin, 30, dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Subang Jaya pada 2 September lalu.

Jun lalu, Erra pernah memberitahu media ada berhubung dengan Shahir dan mengucapkan tahniah atas pengumuman berita perkahwinannya.

Biarpun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan cintanya, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek mengakui rapat dan baik dengan Shahir sebelum ini.

Solo sampai akhir hayat

Sementara itu, Erra turut memberikan respon seloroh penyanyi Ziana Zain ketika tampil membuat persembahan pada majlis terbabit mengenai hidup solo hingga ke akhir hayat.

"Eh saya tak nak, kenapa nak single kalau boleh berdua. Tapi kalau Allah dah kata begitu, terima sajalah.

"Kalau ada peluang berdua, why not," katanya tertawa.

Manakala Engku Aleesya pula memberikan respon berbeza ketika diajukan soalan berkenaan ibunya (untuk kembali hidup berpasangan). Jawab Aleesya; "No"

#pelakon #Penyanyi #Erra Fazira #Nikah #Shahir #Resepsi #Engku Aleesya #Primadona #DDNK