Pelakon dan pengacara Erra Fazira mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya apabila berbicara soal jodoh.
Kata Erra dia sentiasa memanjatkan doa untuk dipertemukan jodoh yang baik untuk membimbingnya dan menjadi peneman meniti usia.
"Siapa tak nak kahwin? Kalau ada Alhamdulillah... Saya sendiri tak pernah pun menutup pintu hati saya cuma perasaan tak boleh dikawal atau dihalang.
"Kalau suka teruskan, tapi malangnya belum ada.
"Mungkin pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati. Bukan tiada orang merisik khabar tetapi kita ni susah nak percaya orang," kata Erra.
Erra yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini menambah pengalamannya yang pernah beberapa kali berkahwin sebelum ini membuatkannya lebih cerewet.
"Kalau ada seru ke arah 'settle down', memang saya nak cuma nak pergi ke arah itu agak berhati-hati dan proses itu menjadikannya lambat.
"Katalah ada calon sekali pun saya takkan terus kata nak kahwin, tak boleh main redah sebab umur pun sudah berapa, ini pun bukan perkahwinan pertama saya.
"Saya sedia menjadi isteri sekali lagi dan itu antara doa saya setiap masa, untuk dipertemukan jodoh yang baik.
"Bermakna saya berhasrat berkahwin lagi, kita pun semakin tua... Perlukan teman," tambah Erra.
Erra pernah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada Jun 2003 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama tiga tahun.
Bintang filem Wangi itu kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan itu, Erra dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya, 11 tahun.
Amri Hassan
Thu Jul 16 2020


“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Datuk Fazley beri pendapat isu penyondol.

"Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Watie ada ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Semoga dapat selesaikan dengan cara baik...

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow

Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”
Tak sangka macam tu...