TERKINI

Erul Samah Akui Hampir Putus Asa, Genre K-Pop Jadi Penghalang Karier - “Sebab Kita Minat Dalam Dunia Nyanyian Tapi Peluang & Masa…”

Ainun Md Zooki 25/05/2025 | 07:55 MYT
Penyanyi dan pencipta kandungan, Erul Samah mendedahkan dia pernah putus asa dalam dunia nyanyian apabila segala usahanya tidak membuahkan hasil.

Jelas Erul, peluang untuk dirinya diketengahkan seolah-olah tertutup kerana pembawaan imej dan genre K-Pop telah membunuh potensi dirinya untuk berkembang lebih jauh dalam industri muzik.

“Sejujurnya, saya pernah rasa nak putus asa banyak kali dah. Sebab kita ni memang minat dalam dunia nyanyian ini tapi peluang dan masa itu tidak tepat mungkin salah satu punca saya tidak diketengahkan.

“Mungkin pembawakan saya dahulunya menjadi punca orang hanya ingat saya boleh membawa genre K-Pop sahaja.

“Perkara itu secara tidak langsung telah membunuh saya sebab pada akhirnya, genre k-pop itu hanyalah konsep sahaja. Sebab itu saya rasa bila ada rancangan ini, juri-juri dapat mengeluarkan sesuatu pada diri saya untuk ditonjolkan,” katanya kepada Gempak.

Erul berkata demikian ketika menghadiri sesi ujibakat tertutup Raise The Star Malaysia yang berlangsung di Studio A, Astro Bukit Jalil, baru-baru ni.

Pada masa sama, bekas pelajar Akademi Fantasia 9 itu turut mendedahkan ramai netizen menyuruhnya untuk sertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) pada sama akan datang.

Namun, Erul menjelaskan dia bukanlah orang yang tepat untuk menyertai pertandingan itu dan merasakan dirinya juga belum bersedia untuk memasuki pertandingan hebat itu lagi.

“Saya rasa saya belum layak masuk Gegar Vaganza. Pertandingan ini lebih sesuai untuk saya sekarang. Tambahan pula, saya belum pernah bekerjasama dengan barisan juri dalam program ini, jadi saya rasa inilah masa yang sesuai untuk mencuba,” jelasnya.

Bagaimanapun, penyanyi itu mengakui dia tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi selepas tamat uji bakat tersebut dan menyerahkan segala kepercayaan dia pada rezeki Allah SWT.

“Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Ini semua rezeki Allah SWT. Kalau ada rezeki adalah saya disini,” akuinya.

BERITA BERKAITAN: "Saya Adalah Penyanyi Yang Sendu..." - Ada Sebab Erul Samah 'Join' Ujibakat Raise The Star Malaysia

BERITA BERKAITAN: #BIGSTAGE5: Sibuk Komen Isaac Voo, Erul Samah Dikecam Netizen - “Kemain Mengata Orang, Suara Dia Pun Tak Sedap Mana”

BERITA BERKAITAN: Buktikan Bukan Sekadar Raja Komen, Erul Samah Kembali Dengan Single Baru - “Saya Masih Aktif”

#K-Pop #Putus #Karier #Erul Samah #Genre #Penghalang #Asa