Hiburan

Eugene Tak Sangka Dapat Jadi Hos Bersama Yoo Jae Suk Selepas 10 Tahun

gempak
Mya Amri
10/03/2017
14:00 MYT
Sponsor Banner
Eugene Tak Sangka Dapat Jadi Hos Bersama Yoo Jae Suk Selepas 10 Tahun
Pelakon Eugene terkejut dan tidak menyangka kembali menjadi pasangan hos bersama pengacara nombor satu Korea, Yoo Jae Suk selepas 10 tahun.
Perkara itu diakui oleh Eugene yang juga merupakan anggota kumpulan S.E.S menerusi episod terbaru program Happy Together yang ditayangkan di negara tersebut baru-baru ini.
“Saya tak pernah terfikir akan disatukan semula dan berada di dalam program yang sama bersama Yoo Jae Suk selepas sepuluh tahun,” katanya tersenyum.
Eugene atau nama sebenarnya Kim Yoo Jin, 36, dijemput oleh pihak produksi sebagai pengacara jemputan untuk program Happy Together sempena ulang tahun ke-15 rancangan itu bersiaran.
Terdahulu, Eugene merupakan hos Happy Together bersama Jae Suk sejak tahun 2005 hingga 2007.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live