,
Hiburan

‘Event Space’ Dipecah Masuk, Faizdickie Rugi RM4,000

Kamaruddin Razal
03/01/2018
04:00 MYT
Selebriti media sosial, Faizdickie mengalami kerugian hampir RM4,000 apabila ‘event space’ miliknya, Vilej Damansara dipecah masuk pencuri.
Beberapa peralatan audio, LCD Karaoke dan barangan elektronik yang baru dibeli oleh Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 30, hilang dikebas orang yang tidak bertanggungjawab.
“Vilej Damansara baru memulakan operasi di Damansara Perdana selama sebulan. Saya tahu mengenai kejadian ini apabila dimaklumkan oleh salah seorang staf saya petang semalam.
“Ketika itu, saya sedang berada di pejabat memandangkan semalam merupakan hari pertama saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah di sebuah universiri swasta.
“Pintu Vilej Damansara dipecahkan serta keadaannya berselerak. Barang-barang seperti peralatan audio, LCD Karaoke dan beberapa barangan elektronik lain hilang,” kata Faiz yang terkenal dengan watak Kak Leha Bunting.
Sedih dengan kejadian tersebut, penerima anugerah Personaliti Online Popular ABPBH 2014 ini menganggap tragedi itu sebagai ujian tahun baru buat dirinya.
“Saya telah membuat laporan polis di Pondok Balai Polis Mutiara Damansara jam 6 petang semalam. Ada beberapa lagi barangan audio dan eletronik bersaiz besar yang tidak sempat dibawa lari oleh pencuri itu.
“Sejak memulakan operasi, sambutan orang ramai terhadap Vilej Damansara amat positif. Saban minggu, pasti ada acara yang diadakan di Vilej Damansara dan perkara tersebut mungkin menarik minat perompak.
“Saya akui saya terkilan tetapi saya anggap ini sebagai ujian dan pasti ada hikmah disebaliknya. Saya berharap pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan diberkas polis.
“Saya juga akan tetap membangunkan dan mempromosikan ‘event space’ seperti biasa serta meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan agar kejadian tak diingini tak berulang lagi,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Faiz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Faizdickie Dah Tak Macam Dulu - “Masa Mula-Mula Bergelar Content Creator…”

gempak
17/10/2023
12:50 MYT
Banyak perubahan dalam kerjaya Faizdickie
Laman Utama

Lampin Pakai Buang Bernajis & Botol Gam Ditemui, Faiz Dickie Harap Pengunjung Alor Lempah Lebih Bertanggungjawab

gempak
12/10/2021
08:25 MYT
Jagalah kebersihan sungai kita
Laman Utama

Alor Lempah Dipenuhi Sampah Selepas Viral, Ada Yang Salahkan Faiz Dickie Sebab Dedahkan Tempat

gempak
11/10/2021
06:33 MYT
Dah kenapa pula salahkan Faiz Dickie?
Laman Utama

“Duduk Rumah Panjang Kaum Kelabit, Makan, Menyanyi” – Rindu Sarawak, Faizdickie Kongsi Momen Manis Di Borneo

gempak
28/05/2021
05:45 MYT
Bestnya dapan jalan-jalan Sarawak. Seronok baca pengalaman Faiz ni.
Laman Utama

"Tak British Pun, Kata Belajar Kat UK" - Netizen Perlekeh Bahasa Inggeris Faizdickie

gempak
25/02/2021
05:50 MYT
Tegur baik-baik ya...