Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Everything Is Gonna Be Alright” – Sufian Suhaimi Syukur, MV Mencuba Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Masa 3 Hari

Mya Amri
08/04/2019 10:59 MYT
Baru tiga hari dimuat naik ke laman YouTube, video muzik ciptaan dan nyanyian penyanyi, Sufian Suhaimi berjudul Mencuba sudah mencecah 1 juta tontonan.

Selain ditonton 1 juta kali, muzik video tersebut turut menjadi trending di YouTube dan berada di tangga kedua dan ketiga.

Sufian menerusi akaun Instagramnya memuat naik ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya selamanya.

“#Mencuba just reached 1 million views in 3 days! Trending #2 to #3 but still proud. Kepada yang sedang #mencuba dalam apa jua perkara, stay strong. I wish you all the best. Everything is gonna be alright,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Mencuba just reached 1 million views in 3 days! Trending #2 to #3 but still proud. Kepada yang sedang #mencuba dalam apa jua perkara, stay strong. I wish you all the best. Everything is gonna be alright. ❤️ . . @ariesmusicpro @the.affiliates #sufiansuhaimi #mencuba

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya menyatakan rasa suka dengan lirik Mencuba selain mengakui mendengar lagu tersebut berulang kali.

Malah muzik video yang dimuat naik sejak 3 April lalu itu juga turut menerima reaksi positif dikalangan peminat muzik.


“Kalau kita dengar semua lagu dari Sufian ni kan, perasan tak, lagu dia ni lebih pada genre ballad, dan lagu-lagu dia juga adalah antara lagu-lagu yang lain dari lain. Dari segi susunan lirik dan cara nyanyiannya yang tersendiri. Tempo yang tersendiri. Membuatkan karya dia amat unik. Apa-apa pun, tahniah Sufian... Semua lagu-lagu bro memang penuh penghayatan... 1k like dari saya,” puji @rdrayyan

“Congrats @sufiansuhaimi_ … Saya paling suka part 'mencuba hampir mati aku mencuba..'” tulis @nooradawiyah.laizz

“Mula-mula dengar tak best. Kali kedua dengar terus sukaaa dan terngiang-ngiang je dalam kepala,” komen @qalbinaqiah_

Foto: Instagram @sufiansuhaimi_
 
 
#Penyanyi #Sufian Suhaimi #Penyanyi #Mencuba