Hiburan

Exist Tak Pernah Serik Bekerjasama Dengan Mamat - "Dia Tak Timbulkan Masalah, Hormat Kami..."

gempak
Umirah Halim
27/08/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Exist Tak Pernah Serik Bekerjasama Dengan Mamat - "Dia Tak Timbulkan Masalah, Hormat Kami..."
Meskipun berkali-kali terpalit dengan isu penyalahgunaan dadah, kumpulan Exist mengakui tidak pernah serik untuk bekerjasama dengan Mamat.

Sentiasa beri sokongan

Ajai selaku pemain keyboard kumpulan Exists memaklumkan dia dan anggota yang lain akan terus memberikan sokongan pada Mamat dan sentiasa mengalu-alukan Mamat untuk bersama Exist.
“Sudah tentu kami tidak akan pernah serik dengan Mamat. Kalau kami serik, kami tak akan panggil dia semula untuk membuat konsert bersama.
“Setiap kali ada tawaran konsert kami akan syorkan nama dia dan penganjur pun suka kalau dia ada. Kami sendiri lebih suka kalau Mamat dan Ezad ada bersama.
“Kami sudah bersama sejak dari kecil lagi. Peminat pun masih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert A Night To Remember Rock Nostalgia, pada Isnin.
BERITA TRENDING: Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari
BERITA TRENDING: Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di
BERITA TRENDING: Netizen Gelar Aslam Kurang Ajar, Dakwa Tak Maklum Pada
BERITA TRENDING: Bintang Bola Sepak Terkenal Kantoi Bawa Pulang

Masih hormat ahli kumpulan lain

Sementara itu, bagi pemain gitar utama Exist, Along turut mendedahkan Mamat masih menghormati ahli kumpulan lain dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang tempoh bekerjasama.
“Sepanjang kami bekerjasama dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah, apa yang berlaku pada dia adalah individu punnya masalah, bersama band dia tidak pernah cetuskan perkara tak diingini, dia ada perasaan hormat pada kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, apabila disoal mengenai perkembangan terkini Mamat, kata Ajai sahabatnya kini sedang menjalani rawatan di pusat pemulihan dan mereka telah terputus hubungan untuk sementara waktu.
“Mamat kini tidak dapat dihubungi kerana sedang menjalani tempoh rawatan yang sangat ketat selama enam bulan.
“Dia akan jalani tempoh rawatan dan pengawasan selama dua tahun. Tetapi untuk enam bulan pertama memang kami tidak akan dapat berkomunikasi dengannya. Hanya keluarga terdekat yang boleh.
“Tetapi kami ada bertanya tentang perkembangannya daripada keluarga serta kenalan. Insya-Allah tahun depan mungkin Mamat sudah boleh kembali beraksi bersama Exists dengan kebenaran Agensi Anti Dadah Kebangsaan,” ujarnya.
Terdahulu pada Julai lalu Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 47, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis Methamphetamine pada tahun 2019.
Susulan pengakuan bersalah itu, dia dikenakan hukuman denda sebanyak RM4,000 serta diarahkan menjalani pengawasan dua tahun di bawah Agensi Anti Dadah di Bentong, Pahang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live