Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, THE EXPERTS bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara. The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures, mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar di serata dan dipadatkan dengan elemen komersial, pasti mampu memberi keterujaan kepada penontonnya.

Sementara itu, Sebelum korang baca lebih lanjut, apa kata korang cuba dulu aktiviti yang min dah sediakan ni: Special peraduan tau sebab korang akan menang hadiah eksklusif The Expert bernilai sehingga RM 30,000 ringgit! Nak tahu apa hadiah dia? Korang kena lah join dulu!

Peraduan Heist The Truck: Menangi Hadiah bernilai sehingga RM30,0000 ringgit!

Heist The Truck

Heist The Truck adalah satu peraduan eksklusif yang menawarkan hadiah sehingga RM30,000 ringgit. #BePartofTheExperts sekarang untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif ini dengan langkah-langkah berikut:
  1. Imbas kod QR atau pergi terus ke laman web gempak.com/theexperts
  2. Jawab soalan yang diberikan untuk mendapatkan kod lima digit. Jika anda berjaya menjawab semua soalan, anda akan menerima kod lima digit tersebut.
  3. Pergi ke lokasi Heist The Truck yang tertera, dan susun semula kod yang diperolehi pada skrin yang dipaparkan pada Heist The Truck tersebut.
  4. Jika anda berjaya pecahkan kod tersebut, anda berpeluang memenangi hadiah eksklusif dari The Experts dan Hadiah Utama bernilai sehingga RM30,0000 ringgit.
  5. Berikut ada lokasi bagi heist the truck:
    • 12 May 2024 : iOi City Mall, Putrajaya
    • 8 May 2024 : Setia City Mall
    • 25 May 2024 : Aeon Mall Seremban 2


Semoga berjaya!


Bagi yang belum saksikan The Expert, Korang boleh layan official trailer di bawah! Memang cukup power tau!



Lebih menarik, filem arahan oleh pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi, serta skrip oleh Penulis Polis Evo, Joel Soh ini, memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak. Selain mereka, pelakon ternama yang turut membintangi The Experts adalah Maya Karin, Douglas Lim, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir dan Michael Ang.