Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, THE EXPERTS bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara. The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures, mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar di serata dan dipadatkan dengan elemen komersial, pasti mampu memberi keterujaan kepada penontonnya.
Sementara itu, Sebelum korang baca lebih lanjut, apa kata korang cuba dulu aktiviti yang min dah sediakan ni: Special peraduan tau sebab korang akan menang hadiah eksklusif The Expert bernilai sehingga RM 30,000 ringgit! Nak tahu apa hadiah dia? Korang kena lah join dulu!
Semoga berjaya!
Bagi yang belum saksikan The Expert, Korang boleh layan official trailer di bawah! Memang cukup power tau!
Lebih menarik, filem arahan oleh pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi, serta skrip oleh Penulis Polis Evo, Joel Soh ini, memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak. Selain mereka, pelakon ternama yang turut membintangi The Experts adalah Maya Karin, Douglas Lim, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir dan Michael Ang.