HIBURAN
Eyka Farhana Tunai Umrah Bersama Keluarga & Bakal Mentua - “Terlalu Bermakna & Istimewa…”
Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Ramadan, pelakon Eyka Farhana berkesempatan dan berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan umrah.
Bermakna & istimewa
Menerusi perkongsian di Instastory, Eyka turut menganggap pengalaman tunai umrah kali ini lebih bermakna memandangkan bukan sahaja keluarganya malah bakal mentuanya juga turut serta.
“Alhamdulillah Ya Allah atas jemputaMu kali ini, terlalu bermakna dan istimewa dapat umrah dengan keluarga saya dan keluarga baru saya, mak dan abah.
“Allah mudahkan segala urusan dari Malaysia sampailah ke sini semuanya mudah. Lain rasa dia bila buat umrah dengan orang orang yang saya sayang,” kongsinya.
Tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid itu turut meluahkan rasa syukur apabila Allah memakbulkan doa mereka untuk berada di sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Sarung Selempang 'Bride To Be', Eyka Farhana Bakal Tamatkan Zaman Bujang?
ARTIKEL BERKAITAN: Dalam Diam, Rupa-Rupanya Eyka Farhana Dah Bertunang Dengan Akhyar Rashid - “Salam Tunangku”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Akhyar Rashid Longlai Di Padang Gara-Gara Eyka Farhana Tak Datang Support – “Patut Akhyar Tak Boleh Skor”
“Terima kasih ©bismie amer memudahkan segala urusan kami di sini. Terima kasih Ya Allah mendengar segala doa-doa kami untuk ke sini bersama-sama,” ujarnya.
Pada November tahun lalu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi mendedahkan dia sudah bergelar tunang kepada Akhyar pada 4 Ogos tahun lalu.
Must-Watch Video