Malah lebih menarik perhatian lagi, pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat mengenakan selempang ‘bride to be’ ketika melakukan video ‘lip sync’ lagu Garam dan Madu bersama rakan artis yang lain.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya beranggapan pelakon filem ‘Anak Perjanjian Syaitan 2’ itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
“Yay Eyka nak kahwin.
“Wah bride to be.
“Selepas Shafiq Kyle, Akhyar Rashid pula,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat pada 4 Ogos tahun lalu.
Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020.
Budaya Popular
Sarung Selempang 'Bride To Be', Eyka Farhana Bakal Tamatkan Zaman Bujang?