HIBURAN
Eyka Farhana Tunai Umrah Bersama Keluarga & Bakal Mentua - “Terlalu Bermakna & Istimewa…”
Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Ramadan, pelakon Eyka Farhana berkesempatan dan berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan umrah.
Bermakna & istimewa
Menerusi perkongsian di Instastory, Eyka turut menganggap pengalaman tunai umrah kali ini lebih bermakna memandangkan bukan sahaja keluarganya malah bakal mentuanya juga turut serta.
“Alhamdulillah Ya Allah atas jemputaMu kali ini, terlalu bermakna dan istimewa dapat umrah dengan keluarga saya dan keluarga baru saya, mak dan abah.
“Allah mudahkan segala urusan dari Malaysia sampailah ke sini semuanya mudah. Lain rasa dia bila buat umrah dengan orang orang yang saya sayang,” kongsinya.
Tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid itu turut meluahkan rasa syukur apabila Allah memakbulkan doa mereka untuk berada di sana.