Pelakon Eyra Hazali yang menyambut cahaya mata lelaki semalam telah mendedahkan nama anak sulungnya itu.

Menerusi entri terbaru di Instagram, Eyra memaklumkan nama penuh anaknya itu adalah Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq.

"Alhamdulillah, Muhammad Hayder Qhalish Bin Muhammad Haziq," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Eyra turut berkongsi sedikit info mengenai waktu kelahiran anaknya itu.

"Jumaat, 14/08/2020 jam 14:18," tulisnya lagi.

Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian daripada wargamaya dan beberapa rakan artis yang tumpang gembira.

Rata-rata mereka juga turut mengucapkan tahniah dan selamat berpantang kepada Eyra.

Alhamdulillah ? . Muhammad Hayder Qhalish bin Muhammad Haziq. . Friday, 14/08/2020 at 14:18 ?.

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on


Terdahulu, Eyra dan Haziq yang merupakan penjaga gol JDT mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

BACA : Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bersalin