The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan baik Ezurin, Magie Abang Saufi akan memasuki episod kesembilan Rabu ini.

Tinggal dua episod episod sahaja lagi, sudah tentu ramai pengikut setia program realiti ini tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya.

Berdasarkan sedutan episod akan datang dalam episod minggu lalu, jiran Ezurin di Hulu Langat, Alya mengatakan dia teruja dan kelihatan gembira ketika berbual dengan Ezurin.

Namun persoalannya, apakah yang membuatkan Alya teruja? Mungkin ramai yang tertanya-tanya kerana dalam episod minggu lalu juga, Ezurin menerima panggilan daripada kontraktor mengatakan kerja ubah suai rumahnya di kota sudah hampir siap.

Sudah tentu Alya akan merindui Ezurin, begitu juga sebaliknya. Adakah Ezurin menawarkan sesuatu yang istimewa untuk menjadi kenangan bersama Alya sebelum beliau pulang ke Kuala Lumpur?

Sama-sama kita nantikan Rabu ini!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada anda yang terlepas menonton mana-mana episod, usah risau, anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaha pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.