Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

Khairil Khusyairi
09/09/2024 12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.

Watak Berbeza Dari Drama Lain

Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny berkata, watak Fish adalah sebuah watak yang penuh dengan kekalutan sekali gus menjadikan ia sangat berbeza dengan watak yang dipegangnya sebelum ini.

“Berbeza sangat kerana sebelum ini watak emak yang serius dan tegas. Jadi, bila dapat watak Fish, ia merupakan satu watak yang sangat berbeza.

“Dia merupakan seorang wanita yang sangat chaotic, serabut bersepah, berlari pun bersepah.

“Fish suka pakai baju dengan warna yang tidak kena, contohnya warna-warna yang tak match seperti tiba-tiba oren, tiba-tiba kuning dan hijau,” ujarnya.

Seorang Yang Kalut

Berkongsi lanjut mengenai drama arahan Hadith Omar itu lagi, Ezzanie turut mendedahkan watak Fish tidak banyak berbeza dengan kehidupan realitinya iaitu sentiasa kalut.


“Kalut tu sama terutamanya kalau lambat.

“Setakat ini, saya rasakan watak ceria itu juga sama antara saya dan Fish. Tetapi yang paling sama tu memang bab kalut,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan untuk berumah tangga dan memiliki cahaya mata, ini jawapan yang diberikan pelakon berusia 25 tahun itu.

“Lambat lagi.

“Tak apalah kita jaga dulu anak tanggungan empat ini dalam drama Uncle Boss Mama,” jawapnya ringkas.

Uncle Boss Mama bakal bersiaran mulai 9 September di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Drama 24 episod itu turut menampilkan pelakon-pelakon berbakat tanah air seperti Meerqeen, Yusuf Bahrin, Riz Amin, Wan Nur Azlin, Eliva Chua dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzanie Jasny Anggap Kereta Mercedes Hadiah Kerja Keras - “Saya Gunakan Rezeki Yang Ada Untuk Miliki Apa Yang Saya Nak”

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami Tak Ada Declare Apa-Apa Yang Serius" - Ezzanie Jasny Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Noki K-Clique

#pelakon #Drama #Meerqeen #Perangai #Fish #Ezzanie Jasny #Kalut #Uncle Boss Mama