Hiburan
Ezzaty, Azwan Kombos Bergaduh Pilih Nama Anak
Meskipun belum dikurniakan cahaya mata, pelakon Ezzaty Abdullah memberitahu sudah mempunyai senarai nama anak.
Ezzaty berkata dia dan suami, Azwan Kombos mahu dikurniakan anak dalam kadar segera selepas berkahwin.
"Kami suka budak-budak, malah kami sudah pun berbincang nama anak sebelum kami kahwin lagi.
"Ketika berbincang nama anak tu pun sampai bergaduh kerana masing-masing nak pilih nama sendiri.
"Jadi, kami sudah senarai nama anak tetapi belum tetapkan lagi nama anak sehingga kami dikurniakan anak suatu hari nanti," katanya kepada Astro Gempak
Ezzaty dan Azwan telah berkahwin pada 16 Julai tahun lalu.
Sementara itu, Ezzaty memberitahu dia pernah kecewa apabila disahkan tidak hamil selepas pulang mengerjakan Umrah Februari lalu.
"Saya akui sangat sedih dan kecewa kerana saya memang mengharapkan akan hamil.
"Ini kerana saya tidak datang bulan selama 40 hari sehinggalah ketika mengerjakan umrah dan saya mengalami tanda-tanda seperti wanita hamil iaitu muntah-muntah dan krem di perut.
"Tetapi tidak mengapalah, saya redha dan anggap belum ada rezeki," katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Ezzaty bakal muncul dalam drama bersiri Mak Cun musim ketiga setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam 20 April ini di TV3.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Must-Watch Video