Adakah anda mengalami gangguan dalam aplikasi WhatsApp, Facebook Messenger dan Instagram hari ini?

Jika ya, anda tidak berseorangan kerana mungkin berjuta orang lagi di seluruh dunia berhadapan perkara sama.

Menurut laporan techradar.com, semua aplikasi milik Facebook mengalami gangguan untuk berbilion pengguna hari ini.

Difahamkan, gangguan boleh berlaku sekitar 20 minit berdasarkan uji kaji dan aduan orang ramai.

"Kami memohon maaf, terdapat gangguan dan sila cuba lagi," tulis pihak Instagram ketika techradar cuba mengakses aplikasi tersebut.

Sementara pengguna WhatsApp dan Facebook pula mungkin berhadapan masalah kegagalan menghantar mesej yang mungkin tersekat sekitar 30 minit.

Meskipun mesej sudah berjaya dihantar, techradar mendapati masih terdapat gangguan dari segi sambungan pula.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, pihak Facebook masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu terbabit.

Sumber: techradar.com
Kredit Foto: Chiang Rai Times